Wednesday, January 7, 2009

hAri AsyUrA ~ 10 Muharram

10Muharram

satu hari amat istimewa kerana:

1. Nabi Yunus a.s dikeluarkan dari perut ikan Nun

2. Allah terima taubat Nabi Adam a.s yang memakan buah khuldi

3. Nabi Idris diangkat ke syurga dengan rahmat Allah

4. Nabi Nuh selamat dari banjir besar

5. Nabi Ibrahim diselamat oleh Allah dari dibakar

6. Nabi Yaakob dapat melihat

7. Nabi Ayub sembuh dari penyakit kulit

8. Laut Merah terbelah dua,Nabi Musa terselamat,Firaun dan pengikutnya tenggelam dalam laut

9. Nabi Yusuf bebas dari penjara



Sunat melakukan:

1. Puasa

2. Sedekah kepada fakir miskin

3. Menyapu kepala anak yatim

4. Meluaskan perbelanjaan untuk keluarga…



Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata :



“Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.


Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :



”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).



Tapi disunatkan menambah puasa pada 9hb Muharram untuk mengelakkan kesamaan dengan orang Yahudi yang juga tutur membesarkan hari Asyura atau 10Muharram.

4 comments:

Anonymous said...

menyapu kepala?

Fadzrul Hisyam said...

what things identify you as Malaysian? Reply in my blog (^_^)

Fadzrul Hisyam said...

Grand Perdana proudly announcing: you are tagged!!!

Fadzrul Hisyam said...

aiyo...you didn't do your last tagged task eh???

this is your new task! you're tagged!