
JAUH
JAUH
JAUH
Sejauh mana ku harus rentasi lautan ini
Untuk menggapai sang mentari nan tinggi
Sejauh itulah ku rasa diriku dengan dirimu kini
Ku fahami
Ku mengerti
Apa erti di sebalik ini
Pergi menjauh tanpa pesan
Pergi menjauh tanpa petanda
Sampai akhirnya
Aku sendiri yang berjaya mencari jawapannya
Dan
Aku telahpun menjumpainya
Jawapan kepada setiap
Persoalan yang timbul
Dalam diriku
Selama ini
Tak sangka
Sejauh ini kau sanggup lakukan
Pada
Hati ini
Pergilah
Pergilah kau
Terus menjauh dari diri ini
Jika itu yang memang kau inginkan
Dan
Jika memang niatmu untuk singgah
Hanya singgah
Dan
Kemudian pegi begitu sahaja
Aku redha dengan ketentuan itu
Jika adapun secebis ruang hati ini yang tidak redha
Biarlah
Hanya Tuhan yang mampu membalasnya
Tuhan yang akan tentukan segala galanya
Cuma
Yang aku harapkan
Sekiranya ada sesuatu yang belum selesai
Sekiranya ada sesuatu yang belum jelas
Selesaikanlah
Jelaskanlah
Biar apapun
Agar
Hati ini tenang
Agar
Tiada dendam tersimpan di sini
Agar
Ku dapat teruskan hari2 ini seperti dulu
Sebelum singgahnya dirimu di sini
Datang dan pergi
Mungkin lumrah dunia
Aku terima
Aku cuba untuk redha
Cuma
Aku tidak mengerti
Mengapa perlu datang
Dan
Mengapa perlu pergi
Begitu sahaja
Walauapapun
Aku sentiasa doakan
Persahabatan ini akan kekal selamanya
Aku mula menerimamu sebagai sahabat
Selamanya
Akan aku terimamu sebagai sahabat
Entah
Mungkin bukan niatmu untuk pergi
Mungkin aku sahaja yang terasa hati
Entah
Tak mampu untuk aku katakana semuanya
Yang ku harapkan
Aku akan berjaya
Sentiasa
Menerimamu sebagai sahabat
Sehingga
Kau yang mengubahnya
Sekian
p/s: mungkin,tidak berniat untuk mendedikasikan kpd sesiapa.. tidak pasti. apa yang pasti, ini adalah dari hatiku, yang mulai tenang, setelah lama ku berperang dengannya. Aku tahu, aku semakin kuat. KUAT!
Thanks mila syg.. you’re the best listener, advisor and for sure my best friend forever! Love you syg! Thanks for being there for me.. when I don’t have my family here to tell everything like before.
No comments:
Post a Comment