Friday, December 17, 2010

persoalan selepas pengharapan

“..TAK SABAR MENUNGGU WINTERBREAK,
lagi TAK SABAR MENUNGGU SUMMERBREAK, untuk balik Malaysia..”


Tapi..
Sebelum winter break, midterm exam.
Selepas midterm exam, 2bulan lagi datang final exam.
Kalau nak winterbreak cepat, maka final exam pun akan datang cepat.

Tapi lagi..
Bila habis je winterbreak, berharap summerbreak datang cepat.
Sebelum summerbreak, musim persediaan menempuh final exam.
Sebelum tu juga, 3 bulan depresi kerana final exam.
Sebelum tu juga lagi, debaran menunggu result final exam.

Tetapi, tapi, tapi..
Sebelum summerbreak.. adakah final exam akan berjalan lancar?
Semasa summerbreak.. adakah dapat pulang awal ke Malaysia?
Selepas summerbreak.. adakah dapat naik tahun4 ala turr?

Semua tapi tapi tapi ni dalam tangan Allah sahaja.
Semua sudahpun tercatat dalam perancanganNya.
Kita hanya mampu merancang, berusaha, bedoa dan bertawakal.
Tapi, jangan beriktikad bahawa usaha kita itu adalah penentu kejayaan kita.

Kerana Allah adalah sebaik-baik perancang untuk setiap detik perjalanan hidupmu.
Hadapi setiap hari dengan nafas dan azam baru.
Majulah ke hadapan.
Usah lagi menoleh ke belakang.
Biarkan yang lepas menjadi pedoman hidup dan menunjuk jalan ke hadapan.
Cubalah sehabis baik sebelum mengalah.
Semoga Allah meredhai dan memberkati setiap detik yang dilalui.
Semoga Allah sentiasa bersama-sama kita dalam apapun jua keadaan.
Amin…


p/s: setiap kali rasa berat nak balik Mesir dan tinggalkan Mesia, setiap kali mengadu kat mak rindu nak balik Mesia, setiap kali juga mengadu malas nak pegi kelas..

mak selalu kata..
"Setiap langkah kakcik pergi ke kelas, setiap langkah tu ada pahalanya tau.."

Ustaz di sekolah dulu pun pernah kata,
"Kalau majlis ilmu ni, kita NIAT nak pergi pun dah ada pahala tuhan bagi, perjalanan kita ke majlis ilmu tu nanti pun malaikat akan lindungi dan seronok je iringi kita.. "

Bila difikir-fikirkan lagi..
Mak dan ayh lah penyumbang besar di mana diri ini berada sekarang.. Tanpa usaha dan titik peluh mak dgn ayh ni, siapalah diri ini sekarang ni.. Tak tercapai pun impian ni, dan takkan berpeluang pun untuk menikmati hidup macam sekarang. di negara orang.. dan nanti dengan izin Allah pula, dapat menyumbang pada agama, bangsa dan negara lagi..

Dan betapa,
jika lebih banyak diri ini melangkah ke majlis-majlis ilmu itu.. pergi kuliah dan kelas dengan hati yang ikhlas untuk menuntut ilmu.. pasti mak dgn ayh pun akan beroleh juga pahala.. kerana merekalah penyumbang terbesar dari segi kewangan dan meletakkan diriku di mana diri ini berada sekarang ini. Semoga Allah sentiasa merahmati mak dan ayh juga.. Amin Ya Robb! Diri ini sangat menyayangi dan merindui mak dan ayh..

No comments: