Sunday, January 10, 2010

matikah hati?


Tanda-tanda hati mati menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
* Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

* Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

* Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

* Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

* Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

* Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

* Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

* Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

* Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

* Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.


Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu :
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.


Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu :
* Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah



"Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan, juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa"

- Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya -



p/s: Sambil menunggu tiba waktu kelas hari ini, berborak dengan seseorang.. yang memberi satu pengajaran yang mendalam hari ini. Mesti semua orang pernah mengalami situasi di mana, tiba2 tak ada mood untuk menelaah atau hati tidak tenteram untuk melakukan apa juapun. Sekiranya berlaku lagi, mungkin kita boleh muhasabah diri semula. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan perjalanan hidup kita.. Mungkin hati kita punya tanda-tanda 'HATI MATI'..Mungkin ada sesuatu yang berlaku tanpa sedar dan membuatkan ada orang yang tidak senang hati dengan kita.. Mungkin juga ada salah silap kita dengan ibu bapa, yang kita tidak sedar.. Mungkin ada perhubungan kita dengan sahabat-sahabat yang diabaikan membuatkan ada pihak terasa hati.. Mungkin kita pernah menjarakkan ukhwah dengan sahabat-sahabat.. Mungkin juga kita tidak memanjangkan silaturrahim dengan saudara mara.. Pelbagai kemungkinan boleh menjadi sebab musabab..

Jadi...

Fikir dan cuba selesaikan secepat mungkin.. Mohon maaf jika perlu.. Minta redha jika perlu.. Atau pun mungkin juga kita ada salah dengan Allah.. Mungkin ada sesuatu yang selalu kita amalkan, kita tinggalkan.. Carilah redha itu.. Tidak kira sama ada sesama manusia atau yang lebih utama dengan Allah. Nescaya hidup kita akan berjalan dengan lancar dan tenteram setiap saat.






No comments: