Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasulullah S.A.W wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan ALLAH. Wallahualam.
NOTA : Perikan dari iLuvIslam (original message from nyUmmy)

p/s: Kecantikan di mata seseorang itu adalah berbeza antara satu sama lain. Kecantikan tidak tertakluk hanya kepada kecantikan manusia. Sama juga bagi apajua pun yang boleh ditafsirkan dengan perkataan 'cantik'. Cara manusia menafsirkan kecantikan juga adalah berbeza kerana kecantikan adalah sesuatu yang sangat subjektif. Jika kecantikan menjadi sesuatu yang objektif, susahla pula kan. Di mana-mana sahaja manusia akan bergaduh hanya kerana merebutkan suatu benda yang sama kan?
Tapi, apabila kita berdepan dengan situasi di mana kita merebutkan sesuatu benda yang sama dengan seseorang.. Alangkah mulianya kan jika kita memberi ruang kepada orang itu dahulu.. Bukankah Islam mengajar kita untuk memberikan yang terbaik kepada orang lain, tidak mengira siapapun orang itu. Semakin besar pahalanya jika kita berikan barang yang paling kita sayang kepada orang lain itu dengan seikhlas hati. InsyaAllah dengan berkat rezeki yang kita kongsi dengan orang lain itu, Allah akan memberikan kita ganjaran rezeki yang lebih berganda. Kalau bukan di dunia, di akhirat sana pasti menjanjikan sesuatu.

" Setinggi-tinggi ukhwah adalah MENDAHULUKAN ORANG LAIN, dan serendah-rendah ukhwah adalah HUSNUZON iaitu bersangka baik terhadap orang lain"
No comments:
Post a Comment