Thursday, March 11, 2010

paku dinding hati






Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.


"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.


"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.


Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.


Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.


Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata,



 "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya . Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka
fizikal.


Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.



"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."



NOTA : Kadang-kadang, kita sudah mencuba untuk menjadi yang terbaik. Namun adakalanya kita sedikit alpa dan terlupa dengan prinsip yang kita pegang kan.. itu sudah menjadi lumrah manusia. Tetapi, bak kata pepatah inggeris, what you give you get back. (thats totally true for me) Sebab itulah, kita perlu memberikan yang terbaik untuk sesiapa pun, dengan seikhlas hati, bukan dengan harapan untuk medapat balasan yang baik sahaja. Kadang-kadang juga, tak semestinya orang yang sama yang kita bantu akan membantu kita kelak. Allah mungkin akan menghantar bantuan kepada kita dalam bentuk yang lain, mungkin dengan orang lain..

Berbicara tentang paku dinding hati.. terkesankan artikel ini? Cuba mengimbas kembali sekiranya ada waktu2 yang pernah dilalui, pernah tak menyakitkan sesiapa di sekeliling kita. Kadang-kadang.. kita tidak sedar, dan apabila kita sedar pun mungkin kita sudah malu untuk memohon maaf. Itulah ego manusia kan.. tapi kita kena ingat, kemaafan dari manusia juga penting selain daripada kemaafan daripada Allah S.A.W..

Meminjam lagi kata-kata seorang yang amat dihormati,
"Adakalanya jatuh bangunnya kita ini, ada kaitan juga dengan orang sekeliling kita. Redhakah mereka dengan kita.. Senangkah mereka dengan perlakuan kita.. Terguriskah hati mereka dengan kita.. Sesetengah orang mungkin tidak akan menunjukkan setiap satu apa yang dirasakan. Masing-masing sudah matang kan, mustahil untuk dibangkitkan perkara yang sekecil alam. Tetapi, sebagai manusia biasa, di dalam hatinya pasti ada ruang yang tercarik walaupun sedikit. Dan luka itu, walaupun sudah kelihatan sembuh, semestinya tidak akan kembali 100% seperti asalnya, iaitu pasti akan meninggalkan parut, kan?


Jadi,di sinilah gunanya kemaafan yang perlu dipinta seikhlasnya. Dan yang memaafkan juga perlu ikhlas. Walaupun parut tidak mungkin hilang 100%, tetapi masih ada harapan jika disapukan dengan krim penghilang parut (kemaafan yang dipohon), agar parut itu lebih cepat hilang, insyaAllah.. bukankah Islam mengajar kita untuk saling bermaaf-maafan.. mengeratkan ukhwah sesama kita..?"

Dan, kata beliau lagi..
"Hidup seperti kita di sini, (Mesir sbg contoh), ada pahit dan manisnya yang tersendiri.. Mudah juga untuk mendapat pahala, mudah juga untuk mendapat dosa.. Kehidupan bersama rakan2 seperjuangan, sudah umpama seperti hubungan kekeluargaan. Namun, pernahkan kita terfikir, dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai pelajar dan anak.. terlaksanakah tanggungjawab kita untuk rakan-rakan juga.. kesemuanya adalah tuntutan juga.. Hak masing-masing perlu cuba untuk dipenuhi. Contoh paling mudah, adalah giliran memasak. Tidak adilkan bila hak kita dipenuhi tetapi hak mereka kita tidak penuhi seperti yang sepatutnya? Ada juga yang cuba mengelak selagi mampu dengan pelbagai alasan, malas.. susah.. tiada masa.. leceh.. terlalu mementingkan diri.. Semuanya punya tanggunjawab, semuanya punya masa yang sangat mengekang.. tapi, apabila rakan lain boleh cuba untuk memberikan kita yang terbaik, cubalah juga untuk memberikan yang terbaik. Bergilir-gilirlah merasakan kesusahan, dan cubalah untuk tidak hanya memilih kesenangan untuk diri sendiri dan menumpang sahaja kesenangan daripada usaha orang lain untuk kita rasai. Sekali sekala.. kita patut juga cuba untuk memberikan yang terbaik, walau bagaimanapun susah. Kerana mungkin, ada keberkatan di situ, dan mudah-mudahan kesenangan yang rakan-rakan kita rasai hasil daripada usaha kita itu, akan menjadi salah satu doa dan pembuka jalan kepada kejayaan kita kelak.."

Teruja mendengar penjelasan panjang lebar ini.. Terpahat di dalam hati, dan masih diingat jelas setiap tutur kata beliau. Semoga perkongsian ini menjadi penggerak kepada kita semua ke arah perubahan yang lebih positif. Tidak meniat untuk menujukan kepada sesiapa.. hanya mengutarakan isi hati yang telah lama terpendam. Maafkan saya jika ada yang terguris.. Sungguh2 maaf..

Oleh itu, marilah kita sama-sama cuba untuk bermuhasabah.. dan mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum terlambat.. pesanan dan peringatan untuk diri sendiri juga.. Selain usaha dan tawakkal, hubungan dengan rakan-rakan dan redha orang sekeliling kita juga amatlah penting.. Mungkin.. janji yang pernah tidak ditepati.. Mungkin.. pernah kita membelakangkan seseorang.. Mungkin.. pernah kita berjanji palsu.. Mungkin.. pernah kita mengaku perkara yang tidak benar.. lalu menutup dan memaku pintu hati dan minda kita, sekaligus menghalang kita untuk terus maju ke hadapan.. Nauzubillah..


p/s: sepertinya, musim sejuk sudah berakhir.. Egypt kini sedang mengalami perantaraan antara musim sejuk dan panas.. berserta sedikit musim bunga.. huhuh.. bahang sudah mula terasa.. bahang panas final exam, huaa.. laagilaa panasss...

No comments: