Friday, March 26, 2010

S.I.R.I.H



Daun sirih (Piper betle) adalah nama sejenis tumbuhan merambat, daun dan buahnya dimakan dan dikunyah bersama gambir, pinang dan kapur. Sirih termasuk sebagai tanaman obat (fitofarmaka).

Minyak atsiri dari daun sirih mengandung minyak terbang (betIephenol), seskuiterpen, pati, diatase, gula dan zat samak dan chavicol yang memiliki daya mematikan kuman, antioksidasi dan fungisida, anti jamur. Sirih berkhasiat menghilangkan bau badan yang disebabkan oleh bakteri dan cendawan.

Daun sirih juga berupaya menghentikan perdarahan, menyembuhkan luka pada kulit, dan gangguan saluran pencernaan. Selain itu juga bersifat mengurangkan, mengeluarkan kahak, meluruhkan ludah, hemostatik, dan menghentikan perdarahan.

Daun sirih sangat terkenal dengan khasiatnya yang dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit, yaitu dari hidung berdarah hingga ke masalah cirit birit dan sakit gigi.


Berdasarkan berbagai kajian, beberapa penyakit yang dapat diubati dengan daun sirih antaranya

1. Masalah hidung berdarah
Ambil selembar daun sirih, digulung sambil di tekan agar keluar minyaknya lalu gunakan untuk menyumbat hidung yang mengeluarkan darah.

2. Masalah cirit birit
Ambil 4 - 6 lembar daun sirih, 6 biji lada, 1 sudu makan minyak kelapa. Tumbuk semua bahan bersama-sama sampai halus, lalu gosokkan pada bahagian perut. Ulangi sehingga sembuh.

3. Sakit gigi
Daun sirih direbus dengan 2 gelas air sampai mendidih lalu dinginkan air rebusan tersebut. Gunakan air rebusan untuk berkumur. Diulang secara teratur sampai sembuh. Atau, ambil 2 lembar daun sirih yang telah diramas, garam secukupnya. Bahan tersebuh celup dengan air panas sebanyak 1 gelas, kemudian kacau sampai garam larut, biarkan sampai dingin gunakan untuk berkumur.

4. Alergi
Ambil 6 lembar daun sirih, 1 potong kunyit, 1,5 sendok minyak kayu putih. Semua bahan tersebut ditumbuk bersama-sama hingga halus, kemudian digosokkan pada bahagian badan yang gatal-gatal.

5. Bronkhitis
Ambil 7 lembar daun sirih dan 1 potong gula batu. Daun sirih dirajang halus, kemudian direbus bersama gula batu dengan air 2 gelas sampai mendidih hingga tinggal 1 gelas, lalu disaring. Air rebusan diminum 3 kali sehari, masing-masing 3 sudu makan.

6. Keputihan
Ambil 7 - 10 lembar daun sirih. Daun sirih direbus dengan 2,5 liter air sampai mendidih. Ssementara masih hangat, air rebusan daun sirih tersebut dipakai untuk membasuh dan membersihkan seputar kemaluan secara berulang-ulang.

7. Sifilis
Ambil 25 - 30 lembar daun sirih bersama tangkainya dan 0,25 kg gula aren dan garam dapur secukupnya. Semua bahan tersebut direbus bersama dengan 2 liter air sampai mendidih, kemudian ditapis. Diminum 3 kali 1 hari secara berterusan.

...........................................................................

SIRIH JUNJUNG

         

 



   


Kepelbagai gubahan sirih junjung yang telah memartabatkan simbol utama Kemelayuan dalam adat dan budaya. Warisan berzaman ini telah sekian lama dikenali dan menjadi peradatan dikalangan istana dan juga marhaen, ianya masih segar sebagai penyeri budaya bangsa. Penggunaan sirih junjung ini kini diamalkan pada majlis-majlis pernikahan yang menjadi salah satu pelengkap kepada hantaran daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan.

(teringat sirih junjung abang dan bangcik dulu semasa majlis perkahwinan masing-masing.. yang paling besar adalah sirih junjung yang hantaran abg zam bagi untuk kakak la.. sayang nk buang..)

..............................................................................

SIRIH PINANG




Dalam beberapa dekad yang lalu, zaman kegemilangan Kesultanan dan Raja-Raja Melayu masih begitu akur dan taat kepada adat resam serta budaya yang tidak boleh dipisah. Sirih Pinang berperanan penting dalam upacara, adat resam dan budaya semasa, masyarakat Melayu ketika itu.

Sirih Pinang merupakan perkakasan penting dan satu kemestian dalam perkembangan budaya yang telah diwarisi dari nenek moyang mereka.

Dari aspek perkembangan budaya, sama ada Melayu ataupun India dimana sirih diperlugunakan memanglah sejak dahulu lagi ia menjadi satu simbol kebudayaan dan masih menjadi satu segmen di dalam adat istiadat budaya hingga kini. Kegunaan sirih pinang menjulad dari aspek budaya seperti memakan sirih, perkahwinan, adat resam dan adat istiadat sehinggalah kepada penggunaan dalam perubatan tradisional.

Seiring dengan pemasyarakatan ini, Tepak Sirih atau Puan dan komponan adalah merupakan khazanah yang simbolik dalam budaya Melayu, yang perlu diwarisi hingga kegenerasi mendatang.

(amalan memakan sirih pinang ini, masih diamalkan oleh generasi terdahulu dan masih lagi wujud hingga kini.. termasuklah tok sebelah ayah.. hehe kadang-kadang seronok tgk tok makan.. tapi, xsedap pun tok kata.. cuma bagi dia, sudahpun menjadi kebiasaan)

...............................................................................

TEPAK SIRIH




Tepak sirih khas digunakan sebagai barang perhiasan dan dalam upacara-upacara rasmi. Oleh kerana tepak sirih penting dalam adat istiadat, ia tidak layak digunakan sembarangan, tambahan pula harganya mahal dan susah untuk dijaga dan dibersihkan.

Semasa Kerajaan Melayu Melaka dipertengahan abad ke15, diceritakan bahawa Pahlawan lagenda Hang Tuah telah memberikan kepada Hang Jebat sepiak sirih di dalam tepak sirih kepunyaan Sultan Mahmud semasa berhenti rehat dalam pertarungan, sebelum merampas keris sakti bernama Taming Sari dari tangan Hang Jebat sebelum dapat membunuhnya di atas penderhakaan terhadap Sultan Melaka.

Dizaman awal Kesultanan Melayu Perak, terdapat dua buah tepak sirih yang diperbuat dari emas bernama Puan Bujur dan Puan Naga Taru telah dijadikan sebagai alat kebesaran diraja atau regalia ketika itu. Ianya masih tersimpan sebagai khazanah berharga istana Sultan Perak hingga kini

Di dalam tepak sirih terdapat cembul-cembul yang digunakan untuk menyimpan ramuan sirih pinang. Cembul-cembul ini seharusnya disusun mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh orang-orang dahulu.

Dulang tepak sirih ini dibahagikan kepada dua bahagian, di bahagian atas disusun empat cembul mengikut susunan iaitu pinang, kapur, gambir dan tembakau. Di bahagian bawah pula disusun cengkeh, sirih dan kacip. Begitu juga dengan tepak sirih yang berbentuk bulat, cembul akan disusun keliling di dalamnya mengikut aturannya. Masyarakat Melayu menamakan tepak sirih berbentuk bujur sebagi puan dan tepak yang berbentuk empat segi bujur.
Terdapat juga daun-daun sirih ini dimasukkan kedalah bekas sirih terlebih dahulu, ianya tidak disisipkan di dalam tapak begitu sahaja, ini kelihatan lebih teratur dan kemas.

Bagi masyarakat Melayu, sirih disusun sedemikian rupa untuk menunjukkan tertib ketika mengapur sirih, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Daun-daun sirih yang disusun dalam tepak sirih hendaklah dilipat bersisip antara satu sama lain dan disamakan tangkainya, disusun sebanyak lima atau enam helai dalam satu baris. Satu tepak sirih selalunya mengandungi empat atau lima susun sirih tadi.

Sirih yang berlipat ini wajib dibuat kerana hendak mengelak dari terlihat ekor sirih itu. Ekor sirih tidak boleh dinampakkan kerana pada anggapan mereka ini adalah satu keadaan yang kurang sopan dan tidak menghormati tetamu. Tepak sirih yang telah lengkap ini dihias dengan bunga dan dibungkus dengan kain songket. Tepak sirih seperti ini dinamakan tepak sirih adat.

Tepak sirih terdiri daripada komponan berikut: Bekas sirih, Cembul, Bujam Epok, Kacip, Gobek, Celepa dan Ketur. Tetapi kini budaya makan sirih jarang menggunakan lagi Bujam Epok sebagai satu peralatan lengkap.

Manakala kandungan cembul pula terdiri daripada: Daun sirih, Pinang, Gambir, Tembakau, Cengkih dan Kapur.

(tepak sirih kini sangatlah susah untuk dilihat di pasaran.. tapi dekat rumah ada satu set. digunakan sewaktu majlis perkhwinan abang dgn bangcik jugak. selalunya, kalau megikut adat, kalau ada, tepak sirih ni dibawa maktu upacara meminang dan pertunangan kot.. xberapa pasti, tapi mmg ada kaitan dengan majlis perkahwinan.. err.. tepak sirih kat rumah skrg disimpan rapi.. utk turn orang seterusnya.. ngee~)

...................................................



p/s: harini tiba-tiba terfikir pasal sirih sirih ni.. menarikkan..tapi cerita lama-lama laa.. dah lama xdengar cerita tentang pokok tradisi ni. tambah-tambah pula, dekat Egypt ni pun tak ada pokok sirih. rindula pulak.. dekat belakang rumah ada mak dgn ayah tanam sebagai tanaman hiasan. hehe sampai masa dia dah nak tuka, nanti ayah akan kutip, hantar dekat tok.. pencuci mulut tok tiap2 hari.

hari ini, melepaskan tension study dengan masak, sungguh-sungguh masak.. memandangkan hari ini cuti, maka berpeluang lah nk masak special sikit.. rindu nasi beriani mak sebenarnya sekali dengan set ayam madu.. aduhai.. bilaa laa nk dapat balik ni..

No comments: