p/s: dah lama sangat tak dengar lagu ni. masa zaman kanak-kanak dulu.. ada sesiapa yang ingat lagi tak? masatu, lagu ni memang tengah top.. kump A to Z ni pulak,memang dah jadi kegilaan anak2 muda waktu tu. bukan hanya kerana rupa, tetapi genre baru yang dibawakan. sedang2 keadaan stress kerana final exam ni, jom kita cuba enjoy sekejap dengan lagu ni.. bagi yang belum pernah dengar, cubalaa..
klik sini:
lagu asal tak jumpa, yangni je ada.. waktu AtoZ perform untuk Anugerah Juara Lagu, lagu ni menang kategori pop rock.
______________________________
ITIK GEMBO-GEMBO - A to Z
Itik gembo-gembo
Aye kedek-kedek
Bilo tembok
Jalan seiringe
Muka come lote
Peel biar molek
Anak muda masa kini
Tak menyedari segalanya
Apa jua yang dikatakan
Tak difikirnya kan binasa
Hingga ada yang terlupa
Siapa dirinya ooo
Itik gembo-gembo
Aye kedek-kedek
Bilo tembok
Jalan seiringe
Muko come lote
Peel biar molek
Jangan pula kau sengaja
Tak Memahami
Oh berpura
Apa jua yang kau rasa
Telah kuduga
Oh semua
Hingga ada yang terlupa
Siapa dirinya ooo
___________________________
Stress kan kita kebelakangan ni. Semua orang pun sedang memikirkan beban masalah yang sama. Mengenai jadual peperiksaan akhir yang dikhabarkan akan bertukar lagi itu. Jika jadi betul kali ni, sudah masuk 5 kali kot.. Memang sangat-sangat menegangkan urat kepala bila difikir-fikirkan. Jadual baru yang dikeluarkan pula semakin menyesakkan dada..
Perkhabaran terbaru kali ini, InsyaAllah akan diumumkan esok.. Walau apapun kan.. kita kena juga terima kan. Jadi, sebaiknya, daripada awal, kita ajar hati, ajar minda kita, untuk terima seadanya. Sememangnya jadual tersebut sangatlah dirasakan tidak berperikemanusiaan. Tapi, itu sajalah yang kita ada, itu sajalah satu-satunya pilihan kita. Dengan keadaan mesir yang macamni, dengan keadaan kita sebagai pelajar luar, pastilah lebih sukar untuk mengharapkan apa2 perubahan.. semakin hati kita memberontak, selagi itu kita tidak akan dapat menerima keadaan tersebut..
Apa kata, jom kita sama2 CUBA untuk berlapang dada.. bersangka baik.. insyaAllah, nanti lebih mudah untuk kita terima apapun jua bentuk jadual yang akan dikeluarkan.. Daripada terus menerus memberontak dan mengeluh, secara psychologinya kita sebenarnya sedang menutup hati kita yang sebenarnya mampu untuk cuba menerima dengan hati yan redha. Sesungguhnya di sebalik kesusahan itu, ada kesenangan.. Ketetapan itu tetap akan menjadi ketetapan. kita mampu berharap, berdoa untuk sebarang perubahan.. Tetapi jika doa kita tidak diperkenankan, kita perlu redha dengan ketentuan itu.. Pesanan untuk diri sendiri juga yang juga sedang keamatan ketakutan...
Bak kata ayah,
Bukan kakcik sorang yang risau, orang lain pun kena hadapi benda yang sama.. Orang lain pun takut..
Kalau orang lain boleh buat, kenapa bukan kita.. Kita cuba, sedaya mungkin, Allah dah tentukan keputusannya.. Lepastu, berserah dan redha saja..
Jadi,jangan risau, jadual itu secara menyeluruh melibatkan semua pelajar.. termasuklah pelajar arab, pelajar batch lain dan khabarnya juga untuk semua universiti seluruh Mesir.. makanya, semua akan menghadapi situasi yang serupa. Marilah kita sama-sama berdoa agar dipermudahkan segala urusan kita..
Diharapkan, dengan perubahan kali ini, ada sesuatu yang baru akan kita pelajari.. Pasti ada hikmahnya..
p/s: maafla bagi yang tidak berkenaan dan tak faham entry blog ni.. (tapi,lagu ni boleh enjoy kan?) medicalclick team mungkin faham.. =) doakan kami semua berjaya menghadapi musim peperiksaan akhir tahun ni dengan jayanya ye.. banyak sangat perubahan mendadak yang berlaku, adakalanya rasa seperti susah untuk bangun semula.. semoga tuhan berikan kami kekuatan untuk menghadapinya.. kita tunggu pengumuman jadual baru dari pihak universiti yer..
No comments:
Post a Comment