Monday, April 26, 2010

LATEST NEWS 2

(1) 21.04.2010


KUALA LUMPUR, 21 April - Sejumlah 75 kes baru Influenza A (H1N1) dikesan sehingga pukul 5.30 petang semalam menjadikan jumlah terkumpul kes itu setakat ini ialah sebanyak 13,274.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican bagaimanapun berkata, tiada kematian baru dilaporkan semalam.

Beliau berkata, bilangan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 11 orang dengan lapan daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko.

"Jumlah kes penyakit serupa influenza (ILI) yang masih dirawat di wad di seluruh negara adalah sebanyak 624 kes.

"Daripada jumlah tersebut, 85 kes telah disahkan positif H1N1,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Mohd. Ismail berkata, sehingga pukul 8 pagi ini, pihaknya menerima enam laporan kejadian kluster ILI dari dua negeri iaitu Selangor dan Melaka. - Bernama



(2) 26.04.2010

1. Barisan Nasional telah memenangi pilihan raya kecil di Hulu Selangor dengan majoriti 1700+, mengalahkan PKR.

2. Manchester United beat Totenham Hotspurs 3-1 to top league table.

3. Denggi kini sedang berleluasa kembali, terutamanya in Selangor.

4. Pertambahan lampu isyarat di Sungai Petani. (Erk,ygni pn terbaru yer..)

NOTA : Sumber berita (2) daripada Farhan Annasa =)


p/s: Final Exam fasa pertama baru sahaja selesai.. menanti untuk memulakan fasa kedua pula. Fasa yang mana jadualnya sedang diubah-ubah lagi.. Subhanallah.. Di saat-saat akhir begini pun masih lagi ingin diubah.. Semoga tabah ye hati-hati di luar sana untuk hadapi apapun juga perubahan.. Semoga hikmah yang terlindung disebaliknya itu adalah lebih cerah daripada yang kita sangka..

Tak sangka kan, rupa-rupanya isu H1N1 ni belum habis lagi.. kita di Egypt ni memangla tak dengar apapun khabar.. malahan,sejak dari awal lagi, ketika seluruh dunia sibuk dengan isu H1N1, Egypt masih mampu menutup sebelah telinga.. Hurm.. Banyak lagi yang kita ketinggalan tentang tanahair kita kan..


p/ss: sedang mengumpul semula skill untuk sambung blogging.. penat juga mencari ayat untuk berbicara.. bila sudah ada yang bertanya tentang post baru di blog, alamatnya.. kena update la kan =)



No comments: