tahun baru pengajian bagi sesi 2010/2011 pada tahun ini dimulakan dengan azam dan semangat yang baru.. alhamdulillah, Allah beri kesempatan untukku menjejakkan kaki ke tahun3.. dan setelah dihitung2.. masih jauh lagi juga perjalananku ini.. 6tahun ku kira memangla suatu jangka masa yang sangat panjang.. namun apabila ku toleh ke belakang, ohh rupanya sudah ku harungi 2 tahun yang berlalu dengan amat pantas.. dan apa yang ku harapkan hanyalah, semoga perjalanan ke depan lagi ini akan terus lancar.. dan sekalipun apa dugaan yang perlu ku harungi, semoga hati ini cekal menghadapinya.. demi mencapai cita-cita nan satu..
kesempatan yang tuhan berikan untukku bercuti selama 2 bulan di Malaysia bersama keluarga tercinta, berlalu dengan penuh makna.. lalu 1 Oktober 2010 kuharungi dengan penuh tabah membawa segala yang manis dari Malaysia bersama-sama satu semangat yang baru ke Mesir.. bak kata mak, "Mak tak pernah paksa pun kakcik, kalau kakcik xmau balik pun xpa.. blh teman mak kat rumah.. tapi, kakcik kena kejar impian kakcik.. jadi,pilihlaa yang mana.." mengenang kembali kata-kata ayah, "alah,bukan lama pun.. tgk2 dah setahun.. toksah nangis lah. belajar saja sungguh2.. hal2 lain xperlu fikir.. nanti ayah uruskan di sini.."
ku bawa juga bersamaku satu keputusan muktamad buat diriku.. setelah dibasuh dan berjaya mendapat motivasi diri baru yang telah lama ku tunggu.. setelah habis kuhamburkan segala yang ku simpan sendirian di perantauan.. kakak dan mak telah memberi satu inspirasi baru, yang berjaya membuat ku kuat dengan satu matlamat dan keputusan yang tidak akan goyah lagi.. dan aku yakin aku akan perpegang pada apa yang telah kutetapkan dalam hati..
dan kini..
ku berada kembali di bumi yang mana harus ku gali segala ilmu yang bermanfaat.. yang mana harus ku terus belajar untuk cekalkan hati walau apa pun yang terpaksa ku harungi..
dan kini juga..
ku berada di dalam kuliah tahun 3.. bersama sukatan pelajaran yang baru.. subjek yang baru.. alhamdulillah juga, tuhan memudahkan urusanku.. kuliah yang dijangka bermula sebelum ku tiba di sini telah tertangguh sehingga 2 Oktober.. makanya tiada lah ketinggalan kuliah seperti tahun lepas..
sekadar ingin berkongsi rasa hati..
apabila mejejakkan kaki di tahun3 ini.. perasaan semakin berkobar-kobar.. terasa seperti diri ini lebih dekat dengan dunia perkerjaan yang insyaAllah bakal ku hadapi 4tahun akan datang.. segalanya berbeda dari dua tahun lepas.. di mana apa yang dipelajari tidak begitu 'live' dan 'real'.. kini.. segalanya seperti jelas.. dan lebih dekat.. di tambah lagi dengan posting elektif atau 'attachment' di hospital dua bulan lepas.. lebih banyak membantuku untuk menggambarkan apa yang sedang di pelajari..
pharmacology
pathology
microbiology
parasitology
semuanya menarik.. dan syukur juga, tenaga pelajar pada tahun ini setakat ini semuanya sangat bagus.. hehe berjaya menawan hati ini tau.. terutamanya bagi subjek pharmacology.. ku kira, kelas praktikal pharmacology paling menambat hati.. tapi, xtahulah bagaimana nanti apabila lebih serius dan banyak sukatan pelajarannya.. sekarang ini baru sahaja pengenalan.. memang menarik.. pelajaran tentang ubat-ubatan dan cara untuk mengendalikan ubat..
hari ini, setiap perkara yang ku pelajari di praktikal pharmacology mengambalikan ingatan ku kepada pengalaman di Jabatan Kecemasan pada bulan ogos yang lalu.. terutamanya apabila menyentuh tentang suntikan.. syukurlah masa di Jabatan Kecemasan pada waktu itu, aku berjaya meng 'attach' kan diri dengan doktor yang baik dan supportive.. mengajar dan memberi peluang untukku memberikan suntikan.. banyak jenis suntikan ni tau.. dari mengambil darah, memberi ubat dan memasukkan cecair kepada pesakit.. dan hari ini, barulah semuanya di pelajari dengan jelas..
Pengalaman di Jabatan Kecemasan dan Jabatan Perubatan belum sempat dipostkan.. hehe mungkin masih menunggu mood.. Walaubagaimanapun, pengalaman menjalani posting elektif yang lepas sangat lah berharga.. semoga tahun ku diberi peluang lagi.. pastinya posting elektif akan datang ini lebih menarik kerana lebih banyak perkara praktikal yang sudah dipelajari.. jadi.. buat rakan2.. jomlah nanti cuti tahun3 kita ramai2 buat posting elektif di Malaysia k.. banyak sangat manfaatnya..
Bagi ku, tahun3 ini seperti sudahpun separa klinikal.. jadi jika tahun lepas kiranya ada antara kita hanya belajar untuk pass exam.. tahun ini kita lakukan sedikit anjakan paradigma, belajar untuk menjadi doktor terutamanya dan juga belajar untuk pass exam.. kerana ilmu pada tahun ini sangat serius dan penting bagi menjadikan kita semua seorang doktor yang berjaya dan berkaliber.. Jika kita bersungguh-sungguh menggalas tanggungjawab sebagai pelajar ini untuk menggalas tanggungjawab sebagai doktor yang bagus nanti.. insyaAllah.. di mana2 sahaja kita dicampakkan.. pasti segalanya mudah untuk kita harungi.. datanglah kes apa jua pun.. tuhan pasti akan tolong kita kan..
Selamat berjuang buat semua rakan-rakan seperjuangan.. Semoga semuanya akan dapat mengharungi tahun ini dengan penuh keazaman dan tekad yang tinggi.. Sama-samalah kita berdoa k.. Buat sesiapa yang memerlukan rakaman setiap kuliah, terutamanya bagi yang belum kembali ke Mesir.. bolehlah serahkan pendrive anda nanti untuk mendapatkan soft copy..
Akhir kata,
Ku pinjam kata-kata doktor Maheran, "Be a good doctor, and a doctor who know something, not a doctor who dont know anything and easily being cheated or looked like a fool by your own patient.."
p/s: semalam, ada seorang rakan bertandang.. bebual2 tentang pengalamanku di hospital.. dua jam pertama selepas itu, berkobar-kobar rasa seolah-olah sudah datang mood untuk menyambung penulisan tentang attachment.. tapi, apabila tiba masa menaip.. segalanya hilang sekelip mata.. kaku tangan untuk berbicara.. maaflah buat yang sudah bertanya dan request. nanti2 lah yer..
p/sss: kenapa ayat sangat skema dan berbunga ni harini..???
2 comments:
assalamualaikum..blog walking..~~
kak tia,spe org tu??haha..
btw,nti post la ye pasal attachment tu..xsabar nk baca ni:P
k ar..slmt study..
doa same2 ye bjaya ye:)
assalamualaikum..
wsalam..
insyaAllah.. sama2 eh doa.
tulaa dok tunggu mood lagi nih.
estee kena stimulate lagi skali kot.. hahaha
Post a Comment