Friday, May 21, 2010

news! Lifeline4Gaza


Ingat lagi tak masa tengah hangat kempen LifeLine for GAZA awal bulan Mei baru ni..? Seluruh dunia tengah sibuk mengutip sumbangan dan mengadakan kempen secara meluas untuk mencapai target negara masing-masing. Tak cukup sahaja Malaysia turut mengambil bahagian, kita rakyat Malaysia kat Mesir ni pun turut menghangatkan lagi kempen tersebut kat sini kan.. Kalau kat Mansurah ni, ada kutipan dan sedikit pengayatan dengan Ust Salman Maskuri. Tahniah yer buat AJK2 Pelaksana yang bertungkus lumus untuk program ni, walaupun kita di sini sedang dalam mode study untuk final exam yang dah mula menunjukkan bahang pada waktu itu.

Semalam terbuka satu blog ni masa blogwalking, terjumpa perkembangan terkini tentang kempen LifeLine for GAZA ni.. Baca jom..!

........................................................................

Kutipan kali ini akan disalurkan dan diuruskan oleh satu himpunan NGO seluruh dunia yang dinaungi dan disokong oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan dibawa satu nama konvoi LifeLine4Gaza, Let's Brake the Siege!



Berikut adalah maklumat dari beberapa sumber:



1. Hasil kutipan pelajar Malaysia di Bandung esok, Jumaat akan dibawa ke Turki oleh Abu Ubaidah. Selepas itu akan semua itu akan dikumpulkan di Pelabuhan Antalya, Turki. Dalam pada masa yang sama, bagi menunggu beberapa kapal laut dari beberapa negara lain dan seterusnya dari pelabuhan Antalya, konvoi itu akan bergerak mengunakan jalan laut ke Tebing Gaza.

2. Berita dari Malaysia, hasil kutipan dari Malaysia sebanyak RM1.1 juta. Dan NGO Malaysia mewakili rakyat Malaysia akan menyediakan dua kapal kargo bagi membawa barang sumbangan ke Tebing Gaza.

3. Konvoi dari Malaysia, Alhamdulillah sudah sampai ke Turki. Dan dijangka bergerak ke Gaza Selasa ini.

4. Ketika ditanya apakah ada perancangan-perancangan lain sekiranya konvoi ini tidak berjaya memasuki Gaza, Presiden IHH Bulent Yildirim menjawab, “Plan A kita adalah kita akan memasuki Gaza. Plan B kita adalah kita akan memasuki Gaza. Dan Plan C kita adalah kita akan memasuki Gaza”.

5. Warkah dan pesanan buat para sahabat di Malaysia.

"Inilah kali pertama wakil-wakil NGO bergabung tenaga menyertai misi ke Palestin. Ingatlah, setiap penglibatan yang kita lakukan adalah jihad. Mudah-mudahan ia menjadi amal soleh sebagai saham kita berjumpa Allah nanti. Kami mengharapkan doa daripada anda semua. Saya teringat (mafhum) kata-kata Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bahawa apabila Palestin berada di bawah kekuatan Islam, seluruh dunia akan berada di bawah kekuatan Islam," katanya Pengerusi Haluan Palestin, Noorazman Mohd Samsuddin.



Mohon doa semua sahabat agar konvoi ini berjaya mencapai matlamat. Biarlah ini membuktikan bahawa rakyat Palestine itu dekat dengan hati dan juga masih saudara kita!

.............................................

p/s: Sekurang-kurangnya, jika kita tak mampu untuk turun sama berjihad dan membantu dari dekat, kita hantarlah doa untuk mereka di sana. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Sesungguhnya, ukhwah Islamiah itu lebih kepentingannya berbanding ukhwah kekeluargaan.

Bagi sesiapa yang tak sempat haritu, atau ingin lagi menderma, kak Fizah (Exco Kebajikan PCM) kata, PCM pun ada buat tabung tambahan dan sumbangan akan disalurkan pada masa yang akan datang. Jadi, bolehlaa sama2 menyumbang lagi ye..  


NOTA : kredit untuk Ini Amad Pesan untuk sumbangan artikel ni.

No comments: