Tuesday, May 18, 2010

rindu~rindu~rindu

perasaan sangat tidak stabil pada ketika ini
study pun tidak sehangat hari2 yang telah berlalu
semangat pudar sebentar
lalu rindu melanda lagi dengan dasyatnya
mujurlah masih ada sisa2 bahagian anatomy yang masih mampu dihadam
jika tidak memang kerugianlah hari ini

rindu melanda lagi..
rindu melanda lagi tanpa henti..
pertemuan dgn adik balqis (ank kak mushida) 3hari yang lepas di Istad (stadium)
membuatkan hati ni tersentuh lagi
melihatkan gelagat balqis yang muda sedikit sahaja dari ank2 macik
rindu bertandang lagi
terbawa-bawa lagi pada ketika ini

bilalaa akan berakhir..
sedih, rindu..
macam2 yang dibayangkan..

semoga Allah memudahkan segala urusanku
dan urusan kita juga
agar impian yang kita harapkan termakbul
dapat pulang ke kampung halaman
berjumpa dengan yang tersayang
dan yang disayangi..

dan tatkala hati berduka
dan semangat itu pudar
ada sesuatu yang dapat mengurangkan beban di dada
masa yang lalu dikorek dan dihayati semula..
video2 kegemaran dimainkan berulang kali tanpa jemu
lalu berjaya membakar semula semangat

nak tgk tak?
klik sini..
http://www.youtube.com/watch?v=0HE7TnewnxU

http://www.youtube.com/watch?v=KmHjdP14_uE

http://www.youtube.com/watch?v=d0qCAUv4pc8

NOTA: antara suasana sekitar petang hari raya ketiga di rumah paklang, perlis. ketiga-tiga ank buah memakai baju yang sama, mak yang jahitkan sendiri. nak macam kembar tiga pun ada kan.. tema semua org hari ni adalah merah. itupun secara kebetulan.. macam ada sixth sense je masing2. err kecuali baju ank2 nilaa, sbb ni lepas salin baju, pakai baju kurung ni untuk ambil gamba diorg. rinduu sangat2.. xsabar rasanya untuk mengulang saat2 indah ini lagi tahun ini. anda rasa tak apa yang saya sedang rasa..? 


jom kita sama2 usaha sungguh2.. semua orang menantikan kita balik..
JOM!

No comments: