Wednesday, September 1, 2010

salam merdeka



salam kemerdekaan
salam 1Malaysia buat semua

harap2 belum terlalu terlambat lah untuk post merdeka ni
kemerdekaan tahun ni rasanya macam biasa2 je
tapi semangat tu masih la ada
bila masa macamnila teringat zaman2 sekolah dulu
setiap kali 31Ogos mesti akan ada sambutan
paling best masa kat SESERI
sambutan ambang kemerdekaan kat Dataran SESERI
kemudian dapat tgk directly bunga api dari KLCC
sebab KLCC mmg nampak jelas dr situ
jadi bila esoknya cuti, maka dapatlah pulang bermalam
bila dapat balik,mmg depan tv jelah tgk program2 kemerdekaan

kalau sebelum di SESERI
di sekolah harian
sambutan keesokan harinya pada 31Ogos tu
mesti best
ada macam2 aktiviti dan persembahan
walaupun berat hati nak kena pergi sekolah pada hari cuti umum
tapi bila dah kat sana
tak menyesal tau

tahun ni
hari merdeka
sy pilih untuk berada di hospital
kebetulan pulak minggu ni minggu di Jabatan Kecemasan
makanya memang banyaklah kes yang dapat dilihat
menyesal x?
taklah.. inilah pengorbanan
kalau waktu lain susah nak dapat kes2 baru dan pelik
masa hari cuti dan hari merdeka nilaa akan ada banyak kemalangan
dan kes pelik2
hajatnya nak 'on call' jugak malam tu kat sana
tapi.. 
hehe hajat tak jadi
sebab keletihan dari pagi hingga petang berdiri tgk kes2 kat sana
xpelah.mungkin tahun depan cuba lagi..

yang sebenarnya nak cakap..
sayangilah negara kita Malaysia ni
mungkin ada sesetengah orang tak rasa apa2 pun tentang negara kita ni
tapi bagi saya
bila dh jauh merantau
terutamanya bila melihat negara lain
yang lebih mundur
yang lebih susah
yang lebih rendah tarafnya berbanding apa yang kita ada di Malaysia
hati ni semakin lama semakin sedar
betapa kita perlu hargai negara kita
dan pengorbanan orang2 dahulu
untuk dapat apa yang Malaysia ada sekarang

pedulikan apa jua fahaman politik kita
fahaman politik tak ada kaitan pun dengan semangat kermerdekaan
jadi.. terapkan lah semangat ini dalam diri anda
kalau kita tak bermula sekarang
apa laa akan jadi pada generasi akan datang
apabila semangat ini semakin lama kian pudar

teringat di saat2 ada majlis2 rasmi di perantauan
di kala lagu kebangsaan yang sangat jarang2 di laungkan
dan kami sama2 menyanyikannya
sebak terasa hati ni
rindu untuk pulang
betapa kita lebih beruntung sebab kita dilahirkan di Malaysia
akhir kata,
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!

p/s: suatu hari nanti mesti akan dapat rasa sambut merdeka kat Mesir.. mesti lagi terasa kan semangatnya.. 

 

No comments: