Tempat : Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah. (HSAH)
Tempoh : 15.08.2010 - 21.08.2010
Jabatan : Obstetrics and Gynaecology (O&G)
Sebagai pengenalan awal, bahagian Obstetrics and Gynaecology ini atau lebih dikenali sebagai bahagian Sakit Puan ini terbahagi kepada tiga lagi bahagian kecil iaitu:
1) Klinik
2) Dewan Bersalin
3) Wad
KLINIK
Hari pertama di jabatan ini dimulakan dengan melapor diri di Klinik Sakit Puan dan diarahkan oleh sister yang bertugas untuk bermula di klinik. Kebetulan Ketua Jabatan sedang melakukan Ward Round, jadi sy hanya melapor diri pada sister. Pertama kali merasakan keadaan sebenar di klinik.. kalau masa attachment di Egypt dulu, memang sukar sangat nak tangkap sesuatu info kerana bahasa perantaraan antara doctor dan pesakit di sana adalah dalam bahasa Arab. Sy yang masih bertatih lagi ini sememangnya la perlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri. Tetapi kali ini, memang banyak sangat ilmu yang dapat dipelajari apabila berada di klinik. Setiap apa yang pesakit adukan kepada doctor dan setiap penyelesaian yang doctor beri kepada pesakit tersebut dapat difahami satu persatu.
Pada hari pertama tu, memangla agak takut2 dan segan2 sebab baru pertama kali kan.. jadi sy lebih banyak mendengar dan melihat suasana. Setiap apa yang didengar dan tidak tahu itu dicatat dan menyimpan hasrat untuk mencari semula apa2 yang perlu di internet.
Pada hari kedua di klinik, sy lebih stabil dan sudah mula menyesuaikan diri. Dengan kerjasama dari doktor2 dan nurse2 yang sangat mesra, semuanya menjadi lebih mudah. Semakin banyak yang dapat ditangkap dan dapat bertanya apabila ada kelapangan. Bukan setiap masa tau boleh bertanya. Berpada-pada laa kan.. takot jugak kalau2 mengganggu doctor yang sedang bertugas.
Pada hari ketiga di klinik, syukur Alhamdulillah.. secara kebetulannya doctor pakar yang bertugas di klinik yang sy masuk. Lebih banyak ilmu yang dapat dipelajari. Terima kasih tak terhingga buat Dr. Maheran yang merupakan salah seorang Pakar Sakit Puan di situ kerana tunjuk ajar dan semangat yang diberikan. Banyak sangat yang dapat dipelajari pada hari tersebut. Hari2 di O&G semakin ‘exciting’ dengan penerangan dan jalan yang dibuka oleh Dr. Maheran.
Subjek yang paling utama yang dipelajari di klinik O&G ini adalah cara untuk mengendalikan Mesin Ultrasound. Umumnya, mesin ultrasound ini dugunakan untuk melihat pergerakan bayi di dalam kandungan. Antara lain kegunaannya adalah untuk melihat sebarang ketidaknormalan pada bayi dan sebarang masalah pada dinding rahim/uterus wanita contohnya fibroid dan cysts. Doktor H/O yang juga berasa bersama dalam klinik tersebut jugak mengakui bahawa skill untuk membaca apa yang tertera di skrin ultrasound ini memerlukan pemerhatian yang berulang-ulang kali. Jadi, pada hari pertama di sana, sy masih agak kabur2. Pada hari yang berikutnya, Alhamdulillah, semakin banyak yang sy dapat belajar.
Dari melihat jantung bayi yang perlu ditunjukkan kepada setiap ibu setiap kali dia datang ‘follow up’ sehinggalah mencari kepala, femur dan jantina bayi tersebut jika kedudukannya ideal. Dalam masa yang sama, sy dapat lihat setiap wajah ibu yang sangat ceria bila melihat anaknya sendiri di dalam kandungan. Sebak rasa.. lagi2 pulak kalau itu adalah anak pertama mereka. Ada juga yang bawa suami bersama tau.. sweettt kan?
Seterusnya, apa yang penting untuk dipelajari di klinik adalah cara untuk berkomunikasi dengan setiap pesakit. Bermula dari menyampaikan berita gembira sehinggalah untuk menyampaikan berita yang kurang baik. Susah tau.. ayat perlu disusun dengan baik.. agar pesakit tersebut dapat menerima berita dengan tenang. Penerangan mengenai situasi yang mereka alami juga perlu bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka.. cara untuk menerangkan.. bukan semua masyarakat dapat memahami bahasa sains dan bahasa buku. Tambahan lagi bila melibatkan bangsa lain. Jadi, ayat dan istilah yang perlu digunakan haruslah bersesuaian kan.. xdelah pesakit tu terpinga2 nanti.. Penerangan tentang ubat.. dan juga kawalan melalui pemakanan dan kebersihan kalau berkesempatan.. Apa yang paling penting, doctor ni kenalah buat pesakit tu rasa selesa dengan kita supaya dia rasa senang untuk ceritakan masalah sebenar.
Antara peluang lain yang dapat dipelajari:
- Proses transvaginal scan
- Merasakan kedudukan bayi dengan menyentuh perut ibu mengandung
- Auscultation pada perut ibu mengandung
- Palpitation pada perut ibu mengandung
- Ujian Paps Smear
- Membezakan fibroid dan cysts pada dinding uterus
Ohh.. tak lupa juga.. tentang bagaimana kita nak address patient.. ni teguran dari Dr. Maheran (yang akan sy ingat sampai bila2) tersasul sebenarnya masatu.. masa dia suruh saya cuba ambil tekanan darah sorang pesakit ni, sy address pesakit tu ‘makcik’. Maafff sangat! Xsengaja.. jadi bila pesakit dah keluar.. Dr. Maheran tegur.. cara nak address patient dengan betul.. gunakan cik/miss/puan/encik dan elakkan panggilan makcik/pakcik sebab ada sesetengah orang sangat sensitif dengan panggilan2 ni.
WARD ROUND
Sy hanya meluangkan masa di wad sehari sahaja.. itupun tak sampai 5jam.. syukur sekali lagi kerana ditemukan dengan Dr. Maheran.. saya berpeluang tagging dengan dia untuk pakar punya ward round pada pagi itu. Bermula dari pukul8.30 pagi, semua h/o yang bertugas semalam dan m/o akan bentangkan serba sedikit kes di wad, dan kemudiannya terus ke wad untuk round. Di sini, kita dapat belajar bagaimana h/o atau m/o yang bertanggungjawab pada pesakit masing2 membentangkan kes pesakit dan progress mereka untuk diluluskan oleh pakar yang round pada hari itu. Ini untuk memastikan semuanya berjalan lancer dan tindakan doktor tersebut adalah tepat mengikut pandangan doktor yang lebih pakar.
Di sini juga sy betul2 mendapat gambaran bagaimana tugas sebenar seorang h/o yang dikatakan mencabar di kala zaman housemanship mereka. Wad dan pesakit2 akan menjadi saksi kehebatan h/o tersebut dalam mengendalikan setiap kes. Semasa pakar buat round, di sinilah titik penentuan. Kalau ada silap di mana2 kat depan pesakit tu jugalah h/o itu akan dimarah atau ditegur.. seram tau tgk.. ketegasan sebenar Dr. Maheran dapat dilihat pada masa itu. Tak dapat dinafikan, memang inilah yang sepatutnya, teguran membina agar doktor2 tersbut tidak mengulangi kesilapannya lagi. Ini melibatkan nyawa pesakit, jadi memang tiada tolak ansur jika berlaku sebarang kesilapan. Lagipun, perkara yang ditegur atau yang dimarahi selalunya perkara yang memang terang2 salah ataupun kesalahan yang berulang kali. Jadi.. di sinilah pengajaran besar yang sy dapat.. semoga nanti akan menjadi pengajaran untuk sy apabila tiba masanya untuk sy berada di tempat mereka. Takut.. gerun.. semua ada.. malu pun ada.. memang sangat memberi pengajaran.
Waktu tu, terdetik dalam hati, aku bertekad untuk cuba menjadi lebih baik.. dan betul2 jadikan pengalaman hari ini sebagai satu pengajaran.. sepanjang round yang sy ikuti tu, ada juga sesekali Dr. Maheran menguji dan mengajar serba sedikit basic physical examination test. Ada sesetengah yang dah belajar, dan ada juga yang belum. Usai sahaja round di wad, ketika berjalan mengiringi Dr. Maheran.. banyak pesanan yang Dr. Maheran selitkan.. semuanya member semangat untuk menjadi doktor yang bagus. Beliau kerapkali mengingatkan sy supaya nanti menjadi h/o yang berkualiti dan betul2 mengambil pengajaran apa yang sy lihat pada hari ini. Setiap kata-kata beliau memang banyak member semangat dan dorongan untu sy lebih maju setapak. Dan semangat yang diiberi ini akan memarakkan lagi api perjuangan untuk 4tahun lagi bagi menjadi seorang doktor yang berkualiti. InsyaAllah.. I will be someone like what u want me to be doc.. thats a promise!
DEWAN BERSALIN
Masa saya di O&G paling banyak dihabiskan di sini. Dan Alhamdulillah, berkat kesabaran saya menunggu di bahagian ini, saya berpeluang melihat kesemua kaedah bersalin. Iaitu:
- Bersalin biasa
- Teknik vacumm (sedut)
- Teknik menggunakan forceps (pilihan terakhir selepas vacumm tidak berjaya)
- Pembedahan / Cessarian (kerana pilihan ibu/mengelakkan komplikasi lain)
Pertama kali melihat secara live seorang ibu melahirkan anak, sebak sangat rasa. Kebetulan pula, kelahiran pada waktu itu adalah kelahiran yang agak sukar dan tidak berjalan begitu lancer kerana si ibu terlampau lemah. Susah tau nak melahirkan seorang bayi.. Subhanallah.. macam ni laa susahnya ibu.. dahla diusung kandungan kita yang seberat 1 kilo lebih ni selama 9 bulan.. kemudian berperang dengan nyawa untuk melahirkan kita pula.. terharu sangat2 masatu..
Proses melahirkan anak bagi mana2 bangsa dilihat semuanya lebih kurang sahaja.. tiak banyak beza pun.. Cuma yang bezanya kelahiran itu susah atau senang.. bagi yang senang.. syukur lah sangat.. ada yang tak sempat ibu nak push 3 kali pun bayi tu dah menonjolkan kepala.. mudah sangat untuk ditarik.. kalau yang susah pulak.. Ya Allah,kesian pada si ibu.. puas didesak.. dipujuk oleh para doktor dan nurse.. sampai ada satu peringkat ni, doktor dah nak give up dan mula nak naik suara.. para nurse pun dan xtahu nk pujuk macamana lagi.. ibu tu seolah-oleh nak give up jugak.. doktor2 ni risaukan keselamatan bayi tu, takut lemas.. si ibu pula nampak terlalu lemah.. tatkala kes2 kelahiran yang susah macamni, memang penuhla satu bilik tu. Semua doktor dan nurse yang bertugas akan bersama-sama memberi semangat pada si ibu.. tapi kalau yang memang senang.. ada satu kelahiran yang sy lihat ni.. hanya dua org nurse saja yang ada dalam bilik tu.. mereka yang sambut. Doktor yang keluar sebentar je untuk jenguk patient sebelah, tup2 datang balik dah keluar pun bayi tu.
Selalunya bagi kelahiran pertama kali, sedikit bahagian kulit tu perlu diotong sikit untuk memudahkan bayi keluar, terutamanya bagi kepala bayi yang besar. Potongannya lebih kurang 3-5cm. Saat nak dijahit semula itulah yang dilihat paling perit kerana hanya local analgesia yang diletakkan sebab nak elakkan bahagian tersebut daripada bengkak besar lalu menyukarkan jahitan semula. Paling sakit sy tgk apabila sampai ke bahagian jahitan di supf skin.. waktu ni mmg si ibu terpaksa tahan la.. ada juga yangmintak tak perlu jahit.. lalu si doktor ni pun bgurau.. “mana boleh puan, nanti suami u marah kita sebab tak jahit bagi elok balik..”. sakitttt tau masa jahit tu.. huhu tapi walau apapun,potongan bahagian tu masa nak bersalin biasa mmg sukar dielakkan.. bagi kelahiran anak kedua dan seterusnya, bolehla nak elakkan.. tapi apa yang sy lihat kebanyakannya kena potong jugak..
Dari tempat bersalin, mengeluarkan uri/kantung bayi,membersihkan dan jahitan semula.. beralih pula pada bahagian bayi di cuci dan disuntik.. bagi bayi yang lahir tanpa sebarang masalah.. semuanya mudah.. dicuci.. disedut darah2 dan cecair dalam mana2 rongga lalu disuntik dengan suntikan pertama bayi dan vitamin K.. bagi bayi yang lambat keluar, pakar dari paediatric dipanggil untuk menguruskan dan memeriksa untuk mengesan sebarang masalah.. ada juga bayi yang terlalu lama dan hamper lemas.. perlu dibawa terus ke NICU (Neonate ICU/ ICU untuk bayi). Kesian sangat tgk bayi yang bermasalah ni.. saat nak disuntik pun kesian.. huhu baru je lahir dah kena suntik. Meraung2 laa budak tu..
Pengalaman pertama kali menyambut bayi pun sangatlah mengharukan.. kebetulan semasa sedang memerhati. Seorang sister ni offer untuk cuba sambut. Memang sudah sy sedia makllum, pelajar yang buat attachment tak sepatutnya pegang lansung patient. Tapi, nurse tu macam confident je nak bagi saya cuba. Apa lagi, org dah offer kan.. kebetulan kelahiran itu antara yang mudah.. muka bayi pun dah mula nampak.. jadi sy dibantu oleh nurse tersebut untuk sambut bayi tu sambil belajar teknik2 menarik bayi keluar.. tapi bagi bahagian menarik uri, sy berpeluang untuk melakukan sendiri tanpa sebarang bantuan.. hanya mendengar arahan sahaja daripada nurse tersebut.. Alhamdulillah.. Berjaya..
Di antara hari2 di dewan bersalin itu.. saya berpeluang juga untuk masuk ke O.T (operation theatre) atau kalau kat Egypt dulu dipanggil O.R (operation room). Hehe agak tersasul la jugak masa mula2 tu.. attachment kat Egypt dulu mmg banyak masuk OR, jadi mmg dah terbiasa dgn gelaran OR. Untuk observation di OR ni, sy berpeluang untuk melihat 4 kali cessarian/bersalin secara pembedahan.. sekejap sangat bersalin cessar ni. Tak sampai 10 minit pun.. Cuma persediaan sebelum dan selepas je yang mengambil masa.. maklumlaa, semua nya perlu steril dalam OT. Dari atas ke bawah, peralatan dan kondisi bilik perlu diberiperhatian. Pakaian yang steril dan kasut jugak kena tukar.. pakai cap,mask.. sama je macam nak masuk OR kat Egypt, cumanya di HSAH atau mungkin memang di Malaysia, doktor/nurse xboleh bawak tudung sekali.. maknanya anak tudung kemudian pakai cap.. kalau kat Egypt tuka baju ngan seluar,cap,mask je.. hehe tgk bersalin cessar ni, teringat kat auni.. dalam hati ni terdetik,mcmnilaa auni masa dia keluar dulu..
Tapi, menurut Dr. Maheran, di klinik dan di wad ketika jumpa dengan pesakit.. dia memang tak syorkan pesakit dia bersalin secara pembedahan jika si ibu mampu untuk bersalin biasa. Sesetengah org berpendapat bersalin cessae ni lebih mudah dan tak sakit bebanding bersalin biasa yang terkenal dengan seksaannya. Tapi hakikatnya, bersalin cessae sememangnya mudah semasa bersalin, tetapi sukar untuk menjaganya selepas bersalin. Ini kerana kesannya lama dan luka pembedahan sangat lambat untuk sembuh berbanding besalin secara biasa. Sleain itu, si ibu juga idak boleh terlalu aktif dan mengangkat barang yang berat dalam jangka masa yang lebih lama. Ubat bius yang diberikan juga akan member kesan. Berbeza dengan bersalin biasa, kesakitannya mungkin lebih sikit semasa bersalin, tetapi lebih mudah selepas bersalin.. sebab tu doktor nasihatkan lebih baik cuba bersalin biasa jika si ibu tiada komplikasi yang menyukarkannya untuk bersalin biasa. Jadi, anda bagaimana? Nak pilih yang mana nanti?
Selama 4hari meluangkan masa dari pagi hingga petang, lebih 30 kelahiran yang dapat dilihat dan ini memang merupakan pengalaman yang sungguh2 sukar nak dilupakan.. matlamat sebenar sy memilih O&G hanyalah untuk melihat2 di wad bersalin.. tapi tak sangka, rancangan tuhan, sy juga dapat banyak lagi pelajaran dari bahagian lain juga seperti di wad dan di klinik. Semuanya berjalan dengan lancar..
Syukur juga sy ditemukan dengan Dr Maheran dan doktor2 lain di O&G yang memahami dan mengalu-alukan kedatangan sy dengan niat untuk belajar. Sungguhpun belum mendalami bahagian O&G di university dan masih banyak lagi perlu dipelajari, mereka seolah2 faham bahawa sy sebenarnya mencari kekuatan dan semangat daripada pendedahan awal ini untuk hari2 akan datang di university semasa proses pembelajaran.. Kemesraan dan kerjasama daripada semua doktor dan nurse kat bahagian ni pun sangat2 dihargai.. memang tak sunyi setiap hari yang berlalu dan susah nak merasa terasing kat sini.. terima kasih buat semua warga di jabatan O&G.. seronok sangat2 berada di jabatan ini. Bahkan, jabatan inilah yang sy rasakan paling seronok dan paling banyak benda yang dipelajari.. Semoga doa kalian membawa sy kepada kejayaan dan setiap pesanan akan sentiasa diingati..
“ adik, nanti belajar rajin2 naa.. nanti balik kerja kat sini.. duduk kat bahagian O&G lepas houseman”
“ u belajar rajin2.. make your parents proud of you.. make sure u come back tu HSAH and be a good houseman soon”
“nanti balik2 cuti, mailaa jenguk2 kami kat sini.. kalau mai hosp pn maila jenguk jugak..”
p/s: kebanyakan h/o yang bersembang dgn sy cakap, memang dalam banyak2 posting, posting diorg kat O&G lah yang paling best.. sebab semua org mesra dan baik2 termasuk nurse. Tapi, O&G dekat HSAH jela.. kat tempat lain, katanya O&G antara tempat yang menggerunkan.. hurm.. we’ll see.. ade sesiapa nak bagi pendapat x?
saya syorkan la.. termasuk kakak sy sendiri pun.. sy pujuk kalau nak bersalin biasa atau operation pun, kat HSAH memang ok sangat2.. bukan takat hospital baru dan peralatan semuanya baru.. nurse dan doktor pun semuanya baik2.. service pun bagus nak macam service swasta.. xdela menakutkan macam orang2 lain yang takut nk bersalin kat hosp kerajaan sebab katanya nurse2 garang2.. hehe seriously, kat HSAH memang ok sangat2.. hehe kakak pun macam dah rasa macam ok bersalin kat kerajaan. Sebelum ni, auni bersalin kat swasta.
err.. maafla tak banyak gambar macam attachment kat Egypt dulu.. hehe tak berani nak snap2 gambar..
kak syah dan Dr. Maheran
thank you so much for everything!
NOTA :
Link-link lain:




3 comments:
best2..tahniah pd anda..huhu..cuti yg menyeronokkn..:-)miss u,miss najib..salam aidilfitri..btw,da abes ek?training??
hehe mekasih dear..
salam aidilfitri buat kamu juga..
mohon ampun salah silap yer..
training da habis..
3minggu je
cumanya sambungan report je belum habis.
lagi dua jabatan tak sempat lagi nk post..
waaaa.. beznye najib.. ta sbr asenye nk buat.. syaz strt esok.. doakn syaz erk...
Post a Comment