Tempoh : 15.08.2010 - 04.09.2010
Syukur Alhamdulillah.. cuti yang panjang pada kali ini, Allah beri sekali lagi peluang untuk sy melakukan posting elektif/medical training/attachment. Kalau masa cuti musim sejuk dahulu sy berpeluang untuk meninjau keadaan di hospital di Mesir.. kali ini impian menjadi kenyataan apabila sy berpeluang untuk melakukan attachment di Negara sendiri. Tahun lepas, impian tak kesampaian oleh kerana influenza H1N1 yang berleluasa dan sangat membimbangkan. Jadi, pada tahun ini peluang yang diberi ini akan cuba untuk digunakan dengan sebaiknya.
Sungguhpun masih lagi menuntut di tahun 2 fakulti perubatan, di mana ilmu di dada hanyalah teori semata-mata dan masih banyak yang belum dipelajari.. Matlamat attachment pada kali ini sekurang-kurangnya hanyalah untuk pendedahan awal bagi kerjaya sebagai seorang doktor, melihat sendiri bagaimana system dan management di hospital dan membiasakan diri dengan suasana di sana. Di samping, mempelajari kemahiran berkomunikasi antara doktor dan pesakit.
Jadi, kepada semua medicalclick members, jomlaaa cuba. Apa yang anda perlu bawa bersama adalah keberanian dan kemahuan untuk belajar dan semangat ingin tahu yang tinggi. Kalau takut jugak nak pegi sorang2, berpakatlah dengan beberapa orang kawan. Kalau ada kesempatan masa yang terluang tu, cubalah untuk memohon. 2minggu pun jadilah.. mungkin tak banyak maklumat dan ilmu perubatan yang dapat kita pick up, tetapi apa yang lebih penting buat masa sekarang adalah social skills dan adaptation to the environment. Kemahiran ini mungkin amat membantu semasa housemanship nanti.
Bagaimana untuk memohon?
1) Dapatkan Borang Permohonan Posting Elektif di Malaysia yang boleh di muat turun di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia
2) Pastikan surat akuan atau ‘referral letter’ didapatkan daripada gamaah (universiti) yang di tanda tangan oleh Dekan Fakulti Perubatan.
3) Baca isi borang permohonan dengan teliti dan isi dengan lengkap. Kepilkan surat akuan, salinan kad pengenalan dan salinan passport bersama-sama dengan boring tersebut.
4) Sediakan satu surat rasmi memohon untuk melakukan posting elektif untuk Pengarah Hospital /Pusat Kesihatan yang dimohon.
( sebenarnya surat ini tak wajib pun, bergantung kepada pengarah hospital tersebut. Tapi, kalau di HSAH Sg. Petani, surat rasmi ini wajib disertakan bersama-sama dengan borang permohonan. Jadi, kalau nak selamat sediakan terlebih dahulu, mengikut formality )
5) Poskan / Hantar sendiri permohonan yang lengkap ke Bahagian Pentadbiran Hospital yang dipohon.
6) Tunggu surat ataupun panggilan keputusan permohonan anda.
7) Bersedia! Anda akan menjadi doktor untuk sementara waktu.
8) Hadir ke jabatan yang ditetapkan dan lapor diri kepada Ketua Jabatan tersebut (Head of Department/HOD).
(selalunya HOD ni adalah doktor yang paling pakar.. kalau HOD tak ada,jumpa sister/ketua nurse untuk lapor diri atau tanya siapa yang perlu dijumpa.. mungkin timbalan ketua jabatan)
9) Kalau anda diberi seorang doktor untuk 'tagging' maka ikutlah doktor itu dan pandai2 la berpakat dengan doktor tersebut. Kalau anda tidak ditag dengan sesiapa.. maka anda bebas untuk tag diri anda di mana2 di jabatan tersebut dan dengan mana2 doktor pun.
10) Selamat mencuba!
Apa yang perlu dinyatakan dalam surat rasmi permohonan?
1) Nama
2) Tahun pengajian semasa
3) Nama universiti
4) Fakulti pengajian
5) Bahagian yang ingin dipohon (3 pilihan)
(cth: Emergency, Medical, O&G, E&T, Orthopedic, Ophthalmology, etc)
6) Tempoh posting anda berserta dengan tarikh
7) Matlamat/Tujuan melakukan posting
Etika semasa posting:
Etika-etika ini tidaklah dinyatakan oleh institusi tersebut / mungkin bergantung kepada institusi masing-masing. Namun, etika-etika yang biasa ataupun langkah berjaga-jaga adalah seperti berikut:
1) Bepakaian sopan mengikut kesesuaian
2) Etika berpakaian perkerja kerajaan (cth: berbaju kurung/ blouse labuh bagi perempuan melayu dan berkemeja bagi lelaki)
3) Kasut bertutup (atau sekurang-kurangnya kasut yang kemas)
4) Rambut yang kemas
(sebab ada sesetengah Head of Department mengambil berat tentang etika berpakaian walaupun kita bukan lagi pekerja kerajaan yang tetap di situ)
5) Memakai labcoat sepanjang masa
6) Tag pelajar / Pas kebenaran hendaklah sentiasa digantung dan nampak jelas (supaya doktor lain dan pesakit tahu bahawa anda masih pelajar)
Jadi..
Posting kali ini bermula dari 15.08.2010 sehingga 04.09.2010.
Posting yang dipilih dan telah diluluskan mengikut turutan adalah:
1) Jabatan O&G
2) Jabatan Perubatan (Medical Dept)
3) Jabatan Kecemasan (Casualty/Emergency Dept)

3 comments:
besnyerrr.. nk itot leh wt attchment tuuu
Haha...igtkn Dr.Maheran 2 India...
Best2...
Btway, utk cessarian 2kan kak ptongan dia camne yer???
Vertical ke horizontal???...ke smiley???
Lelaki pon bley attach kt O&G ke???
haha smiley pon boleylaa jugak..
horizontal2..
sikit je bukaan dia..
lepastu doc stretch kan bagi besar..
eh,boleh je lelaki pon..
xde masalah..
nnti jadik doktor kena tgk jgk kan kan..
doc laki pn ramai je kat o&g
m/o pn ramai doc laki tau..
Post a Comment