
Badam Beri Tenaga Tambahan
Ramai yang berpendapat kacang akan mengakibatkan jerawat. Jangan mudah membuat persepsi sendiri tahukah kamu bahawa badam amat baik untuk diamalkan. Tiada siapa pun mampu menafikan badam sangat enak. Tambahan pula sekiranya ia di makan bersama coklat atau di letakkan di dalam kek. Tidak mengapa teruskan mengunyah badam kerana ia memberi tenaga tambahan kepada tubuh. Selain itu, badam juga mampu membuatkan kamu kenyang untuk tempoh yang lama dan kandungan serat tinggi dalam badam juga baik untuk kesihatan usus. Lebih baik lagi badam juga kaya dengan zat besi, zink, magnesium, kalsium, vitamin E serta protein yang diperlukan tubuh.
p/s: ayah kata, maximum 2 biji badam sudah cukup untuk sehari supaya tak berlebihan protein dalam badan. protein yang berlebihan dalam badan akan menyebabkan gout.
No comments:
Post a Comment