Monday, November 9, 2009

tetamu Allah



Harini,tibalah hari yang dah lama mak dengan ayah nanti-nantikan.. Kini, mak dgn ayh diberi lagi peluang untuk menjadi tetamu Allah.. syukur Alhamdulillah.. Dengan limpah rezeki dari Allah, mereka mendapat peluang lebih untuk dijemput oleh Allah ke sana. Dapat ku bayang kan betapa gembiranya mak dgn ayh kalau bercerita tentang ni.. Pada jam 5.00ptg di sini, tadi, mak dgn ayh selamat dah berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji.

Ku sangkakan sempat kelas tamat sebelum mak dengan ayh berangkat. Namun hampa, kelas tamat agak lewat tadi. Jadi semasa mak telefon dari balai menunggu, aku masih di dalam dewan kuliah. Rasa ralat sangat, sebab xdapat bercakap.. Jadi ku usahakan juga.. Tapi, hampa lagi. Msg yang dihantar tidak sampai. Sedihnya tak terkata..

Tapi alhamdulillah,
Allah tolong.. mak buka semula handset.. msg diterima.. mak dapat telefon semula.. aku hanya sempat menjawab di dalam kelas, dengan bersemunyi di balik meja.. sempat cakap sekejap saja kerana bimbang pensyarah marah..

Tak mengapalah.. sekurang-kurangnya tidak lah rasa ralat sangat berbanding dengan tak dapat cakap langsung.. Dengan ayh tak sempat cakap, tpi sabtu lepas dah cakap panjang dgn ayh.. lega rasanya..

Walaubagaimanapun,
hati tetap sedih..
Usai bercakap dengan mak
Titis-titis itu tak tertahan lagi.. Ia jatuh sendiri.. Mujurlah ia masih mampu dikawal walaupun agak mengambil masa..

Kenapa sedih?
Sepatutnya kamu gembira tau mak ayh nk jadi tetamu Allah.
Iya
Tapi entahlaa..
mungkin ini kali pertama buatku.
Suatu masa dulu itu, aku masih kecil, belum mengerti apa-apapun
Mungkin inilah kakak dan abg2 rasa dulu.

Tak apalah,
Cuba tenangkan hatimu
Doakan mereka..
Semoga mak dan ayh berjaya memperoleh haji Mabrur kali ini
Semoga kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..
Kakcik sayang mak dgn ayh..

TENANGLAH WAHAI HATI..
TENANGLAH..
TIADA APA YANG PERLU DIRISAUKAN..
TENANGLAH..


No comments: