KURMA AYAM
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang merah (di mayang halus)
3 biji bawang besar
1/2 inci halia
3 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji kentang
1 kilo ayam
2 biji cili hijau egypt (dibuang biji)
2 paket rempah kurma ayam
1 paket serbuk santan (dibancuh)
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak.. kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih sampai kuning.
2. Masukkan rempah kurma yang telah dicampur sedikit air (gaulkan dahulu sehingga menjadi seperti pes).
3. Pastikan rempah sedikit garing atau masak sebelum masukkan air sedikit demi sedikit (1/2 cawan). Jangan sampai hangit, kacau selalu.
4. Masukkan ayam, gaulkan rata dengan rempah sehingga ayam separa masak.
5. Kemudian barulah masukkan air mengikut citarasa masing2. (nanti akan masukkan santan lagi, jadi agak2 laa air tu k..)
6. Apabila ayam kelihatan hampir2 masak, masukkan serbuk santan yang telah dibancuh tadi.
7. Gaulkan rata semua bahan-bahan dan masukkan garam serta gula secukup rasa.
8. Masukkan ubi kentang. (lebih baik jika ubi kentang direbus asing dahulu, supaya kuah xkering sementara menunggu kentang masak. kalau rebus dahulu, masukkan kentang setelah ayam masak sepenuhnya)
9. Akhir sekali, setelah mendidih, sementara menunggu ayam masak sepenuhnya, masukkan bawang besar yang dibelah 6 tadi dan cili hijau sebagai hiasan. (hiasan tambahan: boleh masukkan capsicum utk kelihatan hijau). Tunggu sampai layu.
10. Jadi, bolehlaa tutup api.
11. Siap!!!
p/s: bunyi kurma ayam mcm simple kn.. mesti orang2 yg dh pro memasak ckp ni pencapaian tahap 'biasa' je. tapi since family jarang makan ni,jdi xpnh buat pn lagi seumur hidup. mak pn jarang masak ni.. hrini dtg pulak keberanian nk try buat.. hehe success! syukurlaa jadik.. rena dgn mila yg selama ni xlalu nk makan kuah kurma pn jadik suka.. yay! successful kurma ayam! gmba? err.. tlupa nk amek.
NOTA : resipi di atas adalah karangan sendiri tau, bukan copy paste. jdi,mmg boleh dipercayai kalau anda nak mencuba resipi ni. sila2.. resipi ni untuk hidangan makan 8 orang.
No comments:
Post a Comment