ERTI KESABARAN
Seumur hidup ini, kerapkali ak mendengar perkataan ini. Ada juga sesekali, ia memang membawa makna buat diri ini. Namun, kali ini, dapat ku rasakan ia membawa makna yang sangat mendalam buatku. Mungkin kerana peningkatan usia, yang membawa kepada pemikiran yang lebih dalam dan jauh.
Selama ini, perkataan ini hanya dipandang ringan dan tidak pernah ku rasa ku hayatinya dengan sepenuh hati. Tapi percayalah, situasi kali ini, telah membawa ku lebih dekat dengan perkataan ini.
Pengajaran buatku kali ini, apabila kita di dalam sesuatu situasi yang mengekang, bawalah banyak-bersabar. Jangan terlalu ikutkan hati ketika membuat keputusan. Memanglah masalah yang dihadapi itu akan sentiasa mendesak kita untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian. Tetapi, sekiranya kita sudah berjumpa cara untuk menyelesaikannya, berhenti dahulu (setakat yang mampu) dan berfikirlah sejenak sebelum melaksanakannya. Kerana pemikiran semasa kita tertekan itu, mungkin hanya penyelesaian yang sementara dan belum tentu lagi akan menjadi keputusan yang sangat bijak. Kita mungkin juga akan memburukkan lagi keadaan. Adakalanya juga,ketika hati kita sedang runsing itu, kita akan terlalu banyak berfikir sehingga perkara yang tidak masuk akal akan bermaharajalela di dalam fikiran kita. Termasuklah perkara-perara yang lebih negatif. Mungkin kita sebenarnya cuba untuk berfikir 'out of the box' yang kita sangka akan dapat membantu. Tetapi,kita tidak sedar bahawa pemikiran 'out of the box' kita itu tatkala kita sedang runsing, kan menghancurkan kita.
Jadi, percayalah.. dengan kesabaran dia dalam hati, kita akan dapat berfikir dengan lebih baik dan membuahkan hasil yang lebih memuaskan.. Tenangkan hati itu, bersabar banyak-banyak. Memanglah semua orang inginkan penyelesaian yang cepat bagi setiap masalah. Siapapun tidak mahu menanggung kesakitan yang berpanjangan dengan berfikir tentang itu. Tetapi, ambillah masa, tenangkan dahulu hati itu. Bawa bersabar banyak-banyak.. kemudian barulah berfikir. Sekurang-kurangnya, perhatikan dulu keadaan., lihat dahulu coraknya.
Mungkin tidak semua masalah dapat diselesaikan dengan cara ini. Saya hanya sekadar ingin berkongsi. Mungkin, masalah hati dan sesuatu yang 'makan dalam' sesuai untuk dipraktikkan dengan cara ini. Sekadar berkongsi, sesuaikan lah dengan kehidupan kita dan keadaan kita apabila ingin mempraktikkannya.
Syukurku pada Ilahi kerana banyak mmebantu hati ini untuk menghadapi semua ini. Sesungguhnya, pengalaman kali ini amat memberi pengajaran buatku. Dan dengan kesabaran ini, Allah telah menunjukkan jalan yang lebih terang dan bahagia buatku.
Thank you Allah..
Thank you Allah..
Thank you Allah..
p/s: hati sudah kembali seperti dulu.. keputusan ini, pendirian ini, akan menjadi kukuh di dalam diri ini. sehinggalah sesuatu yang benar2 pasti merubahnya.. biar apapun terjadi, pendirian ku tetap ini, dipegang kuat, seperti pendirian-pendirianku yang lain. biarlah kalau orang mengatakan ini ego, tetapi, ku fikir, dan ku pasti, ini adalah terbaik buatku.. dalam hal yang tidak pasti seperti ini. buat rakan-rakan yang sentiasa menyokong, dr jauh dan dari dekat,syukran awi2..
Lama berfikir, berhari2.. tetapi syukur lagi, kerana walaupun ia menjelang ketika minggu peperiksaan, ku mampu bersabar.. dan tidak sedikitpun mempengaruhi peperiksaan ku. belajar tetap belajar.. ini lebih penting kerana ini adalah untuk mak dan ayh yang LEBIH bermakna. dan ini adalah masa depanku.. yang LEBIH cerah peluangnya. Tahniah buat hati!
NOTA:
terima kasih kerana menenangkan.. menunjukkan jalan yang lebih jelas buat kita. membuatkan semua ini selesai. menjawab semua tanda tanya di sini. menenangkan. senang ada kamu.. semoga semua ini kekal seperti seadanya.

No comments:
Post a Comment