Monday, November 16, 2009

kata hati 5

adakalanya.. dirasakan fitrah hidup ni tidak adil. tapi, bila difikirkan semula, ada sesuatu di sebaliknya.. tatkala kita rasa Tuhan tidal adil pada kita, kita lupa untuk fikir panjang.. rupa-rupanya, Tuhan balas sesuatu itu bukan hanya dengan satu cara.. ada pelbagai cara lagi.. Sesungguhnya, Tuhan itu memang Maha Adil..

tak semestinya sesuatu budi atau pertolongan yang kita berikan pada seseorang tu akan berbalas oleh orang yang sama bila kita memerlukan.. Allah yang Adil mungkin akan menghantar orang lain untuk membantu kita pada ketika kita memerlukan.. mungkin, orang yang kita tidak pernah sangka..

dan pada masa itu, barulah kita sedar, kita tak patut mengabaikan sesiapapun dalam hidup kita.. dan kita tidak patut berat sebelah pada sesiapapun dalam hidup ini.. kerana mungkin, nanti orang yang kita tidak pernah sangka yang akan menaikkan kita semula, yang akan membantu kita tatkala kita dalam kesusahan.. mungkin dia akan menjadi lebih baik daripada kebaikan yang kita curahkan kepada orang yang kita sangka paling kita hampir.



p/s: terima kasih.. ya,SAYA DEGIL. tapi kamu pn degil jgk kn. doakan sy sembuh.. risaukan ttg exam ni.

No comments: