Tempat : Urology and Nephrology Specialist Centre, Mansoura University of Egypt
Round : Operation Room (O.R) of Adult
Round : Operation Room (O.R) of Adult
Kumpulan : 2 (Minggu Pertama)
Berita baik!
Alhamdulillah, hari kedua bagi Latihan Klinikal pada hari ini lebih bermakna apabila doctor yang bertugas membenarkan saya untuk membawa masuk kamera dan merakamkan apa jua yang berlaku sepanjang pembedahan berlangsung.
Hari ini terdapat tiga pembedahan yang berlangsung secara serentak memandangkan di bahagian ini terdapat banyak operation theatre. Jadi, kami berempat bebas untuk memilih untuk melihat mana-mana pembedahan yang dirasakan menarik. Jadi kami memilih untuk sambil-sambil melihat ketiga-tiganya sekali memandangkan bilik pembedahan tersebut adalah bersebelahan dan kami bebas untuk keluar masuk yang mana satu pun.
Pembedahan yang berlangsung pada hari ini:
1) Right Pyelolitothomy – pembedahan untuk membuang stone (batu karang) di dalam kidney. Kes ini agak rumit kerana pesakit didapati mempunyai kidney yang malrotated. Jadi, pembedahan adalah sedikit berbeza daripada yang normal. Batu karang yang berjaya dikeluarkan diameternya lebih kurang 1cm, berwarna putih dan kehitaman, fizikalnya memang seakan-akan batu kecil. Sayangnya, gambar batu karang tersebut tidak sempat untuk diambil kerana saya berada di operation theatre 3 pada ketika itu.
2) Nephroctomy – kes ini lebih kurang macam semalam, pembuangan kidney yang ada tumor cumanya, pembedahan kali ini dilakukan secara lateral opening. Maksudnya, lubang dibuat dari tepi. Operation room ini juga saya sempat jenguk sekejap je kerana lebih tertarik dengan kes di operation theatre 3.
3) Cystectomy - pembedahan untuk membuang seluruh urinary bladder pesakit (pundi kencing) disebabkan oleh tumor. Setelah dibuang, ureter akan di divertkan ke luar melaui skin di anterior abdominal wall. Jadi, pesakit ini selepas ini akan memakai beg khas untuk menyalurkan air kencing sepanjang umurnya. Untuk kes ini, saya berpeluang untuk mengikutinya dari awal sehingga habis. Mungkin kerana kes ini agak berbeza dan menarik. Memandangkan hari ini, doctor membenarkan kami untuk membawa kamera. Berikut adalah details proses pembedahan tersebut.
NOTA : untuk link video, sila right click kemudian open in new tab ye.
NOTA : untuk link video, sila right click kemudian open in new tab ye.
1) Kebetulan, semasa saya masuk, kakitangan di sana baru sahaja selesai membuat persiapan. Jadi, semuanya baru sahaja hendak bemula. Jam menunjukkan pukul 10.15 pagi. Gambar di atas menunjukkan pesakit yang akan dibelah anterior abdominal wall nya, betul-betul di center position, sehingga ke pusat. Teruja rasanya dapat melihat pembedahan dari awal. Semalam tak sempat.
2) Sebenarnya, lubang yang dibuat lebih kurang 30cm sahaja. Tetapi setelah ditegangkan dan dibuka, nampak besar sangat kan lubang di dalam gambar ni kan? Pernah tak tengok sesiapa yang pernah kait sulaman? Ada pakai acuan yang bulat tu kan, untuk pembedahan, mereka juga menggunakan acuan bulat tersebut sehingga boleh strect kan jadi bulat macam dalam gambar ni. Ngeri tengok bila ditarik dan ditegangkan macamtu, mujurlah, pesakit di bawah kawalan anaestesia. Semasa dalam proses membuka perut ni, doktor sambil-sambil menunjukkan dan menerangkan lapisan-lapisan yang ada, sebelum sampai ke urinary bladder. hehe.. ingat lagi tak Anatomy of Abdomen yang kita belajar tahun lepas? Semalam, sempat juga prepare buat revision sikit, maka harini tak adalah begitu 'blur'.
3) Nampak tak penahan yang paling besar ni? Ini adalah bertujuan untuk mengasingkan large intestine yang sangat panjang dan belingkar-lingkar tu daripada urinary bladder yang telah dijumpai. Ini untuk memudahkan proses membuang urinary bladder agar dan kelihatan lebih kemas proses seterusnya. Pada ketika ini, doktor sedang berusaha untuk terminatekan segala benda yang berada di sekeliling urinary bladder tersebut, termasuklah vessels, nerves, fascia,fat dan small muscle yang memegang urinary bladder tersebut. Ketelitian dan kesungguhan yang diperlukan oleh seorang doktor dapat dilihat di sini, kerana, Subhanallah, susahlaa sangat-sangat untuk mengasingkan kesemuanya. Doktor perlu berhati-hati dan sangat teliti agar tidak tersalah potong mana-mana nerves atau vessels yang penting kerana dikhuatiri akan mengganggu supply kepada organ atau bahagian badan yang lain.
4) Suasana di dalam operation theatre yang sempat di snap. Pembedahan kali ini sangat-sangat lama. Dan lihatlah, surgeon dan nurse yang membantu hanya berdiri sepanjang pembedahan tersebut.
klik sini untuk video seterusnya:
5) Dalam video dia atas ni, kita akan dapat lihat beating external iliac artery yang ada di kiri dan kanan urinary bladder. Hehe.. teruja tak korang dapat tengok live punya beating artery? Artery ini adalah antara yang paling penting, tgk, besar kan artery ni sebab dia adala antara artery yang nanti akan bagi kepada branches yang lebih kecil untuk supply pelbagai aspek dan organ lain. Lihat kepada alat pengepit yang berwarna hitam tu (xtahu nama saintifiknya lagi) itu adalah alat untuk menutup artery. Memandangkan urinary bladder akan dibuang, jadi artery dan vein yang berkaitan perlu ditutup. Cara alat ini berfungsi, seakan akan kita mematikan bulu-bulu yang pada baju dengan melayarkan atas lilin dengan api kuning tu, dapat bayangkan tak? Nanti, artery yang dah ditutup tu akan jadi hitam macamtu lah.
klik sini untuk video seterusnya:
6) Gambar ini adalah sekitar femoral triangle. Antara bahagian yang penting untuk abdomen. Ingat lagi tak? Hehe.. silalaa rujuk balik ye,nak cerita pun panjang sangat nanti. Hehe.. semasa tanya dengar doktor ni, kenalaa sabar sikit, sebab kadang-kadang dia sibuk dan tengah tumpukan perhatian dengan kerja dia kan..
klik sini untuk video seterusnya:
7) Gambar ini, ingin saya fokuskan tentang kebocoran vessel secara tidak sengaja yang dilakukan oleh doktor. Semasa memotong fascia dan fat di sekeliling urinary bladder, pisau beliau terkena salah satu vessel, lalu bocor dan menyebabkan bleeding yang amat banyak. Doktor Omar berakah pernah ceritakan tentang ini, Jadi tindakan yang cepat perlu dilakukan. Beliau mengepit saluran tersebut lalu menggunakan sucker untuk sedut darah, kemudian mula mencari tempat yang berlubang lalu mula menjahit semula agar pulih seperti biasa dan darah dapat mengalir. Kebetulan pula tadi sempat merakamkan part ini.
klik sini untuk video seterusnya:
8) ok, ahkhirnya.. penantian yang dinantikan sekian lama.. setelah semua yang berkaitan dengan urinary bladder di asingkan dan di matikan apa yang patut.. inilah, urinary bladder yang ada tumour tu. proses in sangat mengambil masa yang sangat lama sebab memerlukan ketelitian dan perlu dilakukan dengan perlahan-lahan kan.. penat juga menunggu. mujurlah saya sempat tgk part ni, sebab sementara menunggu tadi, sempat saya mejenguk ke operation theatre yang lain juga.
9) doktor yang friendly ni sempat lagi berposing dengan urinary bladder yang berjaya beliau keluarkan.
10) urinary bladder yang dimasukkan ke dalam formalin di dalam bekas khas untuk di hantar ke unit analisis bagi membuat kajian seterusnya.
11) Lihat! tempat kosong di depan itu, selepas urinary bladder dikeluarkan. Nanti, ruang itu memang akan kosong selepas dijahit semula kulit perut. Dan ureter yang sepatutnya disalurkan ke urinary bladder akan di salurkan keluar badan melalui anterior abdominal wall. Maka, pesakit akan terpaksa memakai beg khas untuk mengumpul air kencing seumur hidupnya selepas ini.
12) Gambar menunjukkan mesentry yang memegang large intestine. Kita belajar kan tahun lepas? inilaa rupanya.. dengan banyak blood supply untuk large intestine. Masih ingat perbezaan mesentry untuk small intestine dan large intestine tak?
klik sini untuk video seterusnya:
13) Ini lebih jelas gambaran untuk gambar di atas tadi, bukan omentum ye, mesentry. Omentum layer lagi atas yang memegang stomach kan.. kita boleh tengok juga lagi jelas bagaiman artry dimatikan dengan menggunakan pengepit hitam tu seperti yang dinyatakan tadi.
klik sini untuk video seterusnya:
14) Ok,yangni lebih jelas mesentry dan pemotongan arterynya. Large intestine nanti akan di potong, untuk diasingkan 10cm daripadanya, yang akan digunakan untuk menjadi saluran ureter ke luar badan bila ditebuk skin of anterior abdominal wall. Jaring putih yang dimasukkan ke dalam large intestine itu adalah untuk menyenangkan proses menjahit nanti sahaja. Nanti akan dibuang. Dapat tengok tak isi larhe intestine tu> ada kuning.. ada hitam.. haa itulah makanan yang kita makan selepas dah diproses di dalam stomach, menanti untuk penyerapan terakhir zat-zat yang diperlukan, kemudian akan dikeluarkan sebagai najis. Akhir sekali,dapat tengok kan 10cm yang diasingkan tu?
15) Large interstine akan disambungkan semula selepas 10cm yang diasingkan tu, agar saluran tersebut kembali seperti normal.
proses menjahit large intestine
klik di sini untuk video seterusnya:
16) Apa yang ingin ditunjukkan adalah, cara jahitan yang digunakan, rumit kan? dan memakan masa.. bukan boleh digunakan jahitan jelujur ye.. digunakan jahitan simpulan mati.
proses menjahit mesentry of small intestine juga
17) proses penebukan lubang di skin of anterior abdominal wall untuk salurkan 10cm large intestine yang diambil tadi ke luar. huhu,, ngeri tgk macamana doktor tu tebuk tadi..
18) large intestine yang attach pada skin yang telah siap kemas dijahit. tinggal jahitan sebelah dalam untuk menyambungkan ureter.
19) nampak tak dua vessel yang merah tu? itu adalah right dan left ureter yang akan disambungkan ke 10cm large intestine tadi. Jadi, air kencing/urine akan disalurkan ke luar.
20) Hampir siap! Sekarang proses untuk mengemaskan semuanya dan jahitan untuk menutup semula akan dilakukan. Sebelum itu, dua tiub sementara akan dimasukkan, skin ditebuk di sebelah kiri dan kanan pusat, ini adalah untuk drainage apa-apa fliud atau gas dari ruang kosong tempat urinary bladder tadi. Ataupun mungkin, darah-darah yang masih berbekas di dalam.
21) Jahitan hampir selesai. Nampak mudah kan? Tetapi hakikatnya, penjahitan semula ini sahaja memakan masa lebih satu jam kerana setiap lapisan demi lapisan perlu dijahit secara berasingan. Bkan sekaligus yee.. dan jahitannya pula bukan seperti jahitan jelujur kasar atau halus itu tau.. Jahitannya juga seperti yang video di atas tadi. susahnyaa! dan memerlukan kesabaran yang tinggi.. bagi sesiapa yang mudah jemu dengan melakukan kerja yang sama secara berulang, mungkin tidak berminat dengan kerja sebagai surgeon ni.
kerjasama
22) kunci kejayaan dalam sesuatu operasi pembedahan
kerjasama yang tinggi antara surgeon utama dan assistant surgeon sangatlah diperlukan. begitu juga dengan nurse, anasthetic dan juruteknikal yang lain. kedua-dua surgeon memainkan peranan masing-masing. Dan mereka juga saling bantu membantu dari pelbagai aspek. Baik dari segi menyiapkan jahitan, menbuat keputusan dan menenangkan antara satu sama lain. saya sangat kagum!
23) sebelum sesi berakhir, saya sempat memberanikan diri untuk mengajak mereka bergambar setelah semuanya hampir selesai dan tenang. terima kasih untuk pengajaran hari ini ye doktor-doktor sekalian. pada waktu ini, hanya tinggal saya seorang sahaja di bahagian itu. 3 rakan-rakan yang lain sudah pulang sebelum asar lagi. Keletihan mungkin.. Mungkin kerana minat dan teruja sangat untuk melihat hasilnya, kepenatan yang dirasai ditahan sedaya upaya sehingga ke akhir operasi pembedahan.
24) Inilah hasilnya!
Operasi pembedahan ini berakhir pada jam 4 petang.
Lama kan?
Memang sangat-sangat memakan masa.
Sedang menukar pakaian untuk pulang, salah seorang perkerja di sana datang membawa makanan pula. Alhamdulullah.. hehe memanglaa perut dah bebunyi-bunyi dari tengahari tadi minta diisi. Breakfast pun pagi tadi dengan susu je. Haha.. terharu lagi! Ada makaroni bakar, 'aish (roti) dan buah limau. Banyak pulaktu, sumbatla jugak dalam perut, sebab makcik tu semangat suro makan sampai habis. Niat di hati nak bungkusla separuh.
Maka, berakhirlah urusan di O.R untuk minggu ini. Esok, masih di department yang sama tetapi bergerak ke round Radiology pula. Harap-harap sempatla nak buat research sikit untuk kemudahan pada esok hari. Dengar-dengar radiology pun tak kurang menariknya. Tunggu entry untuk esok pulak k?
p/s: ohh.. letihnya untuk pos kali ini. harapannya semoga kalian puas hati dengan entry kali ni. susah jugak ye nak masukkan video banyak-banyak. maafla, jika ada kekurangan di mana-mana. terima kasih juga untuk respon-respon secara langsung di blog mahupun secara tidak lansung di ym.
seronok terima mesej pembakar semangat dari mak dan ayah bila tahu anaknya ada tugas dan tanggungjawab baru di sini. terubat keletihan setiap kali pulang ke rumah.
NOTA : panjang sangat kan? entahla, x tahu macamana nak pendekkan. kalau malas nak baca, tengok gambar je ye..











6 comments:
perghhh...
best2..
sgt2 truja...
hoho~~...
entri yg bagus safron...
rasanya bidang ni semakin menarik sebab sudah masuk fasa training secara live..
apapon buat elok-elok sbb ayah n mak sedang tunggu anak dia berjaya..
insya-Allah...
psss....boleh tangkap gambar ke dlm OR?hehe
oiii kak tiya xleh bla post dye pjg =p..nmpak sgt smgtt..yeahh, x rugi batch memilih anda slh sorg trainer utk winter ni.ngeh3...
keep it up sis.sy sorg y sgt pemalas jd mls nk tulis pjg2 hahaha...kene amik spirit from u larh..=)
kak..seriously best..kui2..akak byk ilmu..kongsi2 la..srnk2..mai lawat blog kami..
Kak Tia:
mantaplah kak tia....
saye rase cam doktor betul yg citer.
urine akan simpan kat beg tu je kan?
kiranya lps ni patient ni akan msuk kategori 'dawaimul hadas'(org yg berterusan hadas) ke??
pak din:
ingt pakdin nak ckp pak din yg tunggu...haha
okey2 jom stadi
mimz:
teruja2 jgk.. blaja baik2 thn ni,
thn dpn insyaAllah kamu pula masuk keyh?
pakDin:
insyaAllah.. mesti buat elok2.
tanak duduk lama2 kat sini.
nak balik cepat berkhidmat utk negara..!
dalam OR leyh je amek gamba,depends on doc on duty tu benarkan atau tidak.
dealova:
ceceyh.. alaa entry kamu pun lebey kurg panjang ni jugak..
alhamdulillah.. sdg gunakan peluang ni sebaik2baiknya..
once in alifetime tau.
mydear164:
tula.. ni laa yg nak kongsi ni.
sumenye dh blaja tahun lps dan thn ni.
tggal nak refresh balik je..
hehe dh tgk pn blog kamu..
pAnTh3ra le0:
alhamdulillah la kamu faham..
hehe takut jugak nnti readers makin keliru..
ha'a nanti dia akan permanently pakai beg tu seumur hidup..
jom2! study baik2!
Post a Comment