Tempat : Dialysis Centre of Urology and Nephrology Specialist Centre, Mansoura University of Egypt.
Round : Dialysis
Kumpulan : 2 (Minggu Pertama)
Hari ini agak berbeza berbanding sebelum ini kerana centre untuk dialysis adalah berasingan dari centre utama. Ianya terletak di Syari' Jihan. Perasan tak bangunan ni? Masih baru, baru sahaja siap sebelum kita bercuti musim panas pada tahun lepas. Sangat cantik kan? Semasa berlalu-lalang tahun lepas, tak pernah sangka yang ini adalah sebahagian daripada hospital. Kelihatan seperti bangunan pejabat.
Kami berdua (saya dan Anis) kerana akmal dan haizaq ada urusan lain,terpaksa 'survive' sendiri seperti semalam. Mentor hanya menghantar kami sehingga ke wad dialysis lalu meninggalkan kami tanpa mengucapkan 'bye' pun. Maka 'faham2lah' kami yang kami ini perlu memulakan langkah. Seorang nurse datang, dengan membawakan uniform 'sterile' berserta plastik untuk kasut, untuk keselamatan dan kebersihan. (err.. 4lapis baju didalam termasuk sweater..)
Mula-mulanya agak tercengang-cengang di wad tersebut. Hanya memasang mata sahaja. Tidak sampai 15minit kemudian, seorang doktor datang menegur lalu bermulalah sesi kami. Bersoal jawab dan menerima penerangan demi penerangan.
Apa yang menarik yang ingin dikongsi di department ini adalah mengenai wabak Hepatitis C dan B di Egypt. Di dalam post yang lepas saya pernah nyatakan betapa Egypt ini sangat popular dengan wabak tersebut. Hari ini terbukti sendiri apabila, di tingkat tempat saya bertugas itu, ada empat bahagian dan hanya satu perempat bahagian sahaja menempatkan pesakit yang normal. Manakala tiga perempat adalah pesakit yang mempunyai hepatitis B dan C. Ini menurut kata doktor sendiri, Egypt memang popular dengan wabak ini. Jadi, berjaga-jagalah anda ye.
Proses dialysis ini mempunyai dua matlamat atau tujuan iaitu menapis (filtrate) toxic and waste product dan keduanya menyingkirkan cecair/air berlebihan di dalam badan memandangkan kidney tidak dapat lagi berfungsi untuk filtration dan ultrafiltration. Filtration adalah untuk penapisan electrolyte, toxic dan waste product manakala ultrafiltration adalah untuk menapis kuantiti air yang diperlukan oleh badan. Antara electrolyte yang akan diseimbangkan semula adalah potassium, natrium dan bicarbonate. Segala toxic juga akan disingkirkan. Penyingkiran air adalah sangat penting semasa dialysis kerana bagi setiap pesakit renal failure, urine tidak akan dapat disingkirkan lagi melalui uretra. Ini bermaksud, semua pesakit kidney failure (masalah buah pinggang) TIDAK AKAN membuang air kecil seumur hidupnya. Oleh itu, proses dialysis adalah sangat penting untuk menyingkirkan air berlebihan dalam badan untuk mengelakkan edema (pengumpulan cecair secara berlebihan pada mana-mana organ badan@ accumulation of fluid/lymph fluid). Edema boleh berlaku pada mana-mana bahagian termasuklah hujung kaki (lower limb), muka, tangan, paru-paru (lung), dll) Sekiranya edema berterusan, ini sangat membahayakan nyawa pesakit dan akan membawa kepada komplikasi penyakit yang lain. Sekiranya edema berlaku berdekatan organ yang penting, ia akan 'compress' organ tersebut lalu menyebankan 'malfunction' pada organ tersebut pula.
Keseimbangan electrolyte yang akan dilakukan oleh mesin dialysis pula adalah penting untuk mengembalikan electrolyte itu kepada paras normal semula agar tidak menganggu secretion of other hormone. Pesakit yang memerlukan rawatan dialysis selalunya akan mempunyai nilai tahap potassium yang sangat tinggi. Oleh itu, setiap orang yang mempunyai masalah kegagalan fungsi buah pinggang (renal failure) perlu mengehadkan pengambilan buah-buahan. Ini kerana, buah-buahan kebanyakannnya kaya dengan potassium.
Proses dialysis bagi setiap pesakit renal failure perlu melakukan dialysis sebanyak tiga kali seminggu dan 4 jam bagi setiap sesi. Pesakit TIDAK BOLEH LANGSUNG 'skip' mana2 sesi kerana ini akan menyebabkan komplikasi lain terutamanaya edema. Walau apapun komplikasi yang dialami seperti hypertension atau hypotension, lung problem dll, mereka masih perlu melakukan dialysis seperti biasa di bawah pemantauan doktor dan akan melakukan dialysis pada kadar yang lebih signifikan dengan penyakit atau komplikasi yang dialami.
Sebagai contoh, tadi terdapat seorang pesakit yang mempunyai masalah hypotension. Selalunya, selepas dialysis, tekanan darah akan turun. Oleh itu, bagi pesakit hypertension, ini tidak begitu mendatangkan masalah kerana tekanan darah akan kembali kepada normal. Masalah akan timbul bagi pesakit hypotension kerana tekanan darah akan menjadi terlalu rendah selepas dialysis. Apabila tekanan darah terlalu rendah, maka dikhuatiri pengepaman darah keseluruh badan adalah tidak mampu ditanggung dan darah mungkin akan tidak sampai ke otak. Lalu akan menyebabkan brain edema. Jadi, mereka akan diletakkan pada posisi khas iaitu 'Trendlenberg position' di mana lower limb diletakkan lebih tinggi daripada upper limb dan otak. (maaf gambar tidak dapat disertakan demi privacy pesakit).
Seterusnya. selepas dialysis, untuk membuktikan bahawa cecair berlebihan disingkirkan daripada badan pesakit, berat pesakit akan berkurangan sebanyak 4-6kg selepas proses dialysis itu tamat. Antara perbezaan lain yang dapat dilihat adalah, nilai potassium akan kembali normal, nilai creatinine serta nilai electrolyte yang lain.
Pesakit yang mengalamai masalah renal failure ini sebenarnya mempunyai dua pilihan sahaja iaitu sama ada melakukan dialysis seumur hidup atau melakukan transplantation (terima organ baru). Tetapi, sekiranya transplantation tidak berjaya, pesakit tersebut perlu melakukan dialysis juga. Manakala, dialysis terdapat dua jenis, haemodialysis (yang biasa ini) dan peritonal dialysis (jarang). Haemodialysis ini memerlukan pesakit untuk datang ke pusat rawatan selama 3x seminggu 4jam setiap sesi. Tetapi peritonal dialysis adalah lebih memudahkan kerana pesakir boleh melakukannya pada bila-bila masa dengan sendirinya. Pesakit akan mengeluarkan sendiri cecair berlebihan melalui peritoneum menggunakan beberapa teknik. Namun teknik ini agak jarang digunakan kerana lebih mahal kosnya.
Perkara penting tentang dialysis adalah, setiap pesakit akan terlebih dahulu ditanamkan AV fistula (aterio-venous fistula) di dalam kulit (rujuk gambar di atas) yang menyebabkan pulsation lebih kuat untuk menampung tekanan tinggi dari mesin dialysis untuk proses filtration. Setiap fistula berpotensi untuk being obstructed atau ada blood clot di dalam. Oleh itu, memang perkara biasa jika seorang pesakit mempunyai banyak parut kesan penanaman fistula tersebut pada lengan mereka. Untuk proses dialysis ini juga, cecair khas digunakan sebagai medium untuk penapisan iaitu dialysate serta sedikit NaCl pada awal proses dialysis.
Menurut doktor, pesakit tidak akan mengalami sebarang kesakitan semasa proses dialysis ini dan boleh melakukan apa jua aktiviti seperti membaca atau menonton tv. Tapi kebanyakannya tidur dan berehat. Pengambilan sebarang makanan juga dibenarkan kecuali buah-buahan (seperti yang dinyatakan di atas tadi. Namun begitu, selepas proses dialysis, sesetengah pesakit akan mengalami keletihan bergantung kepada stamina masing-masing, Ini kerana, pengepaman darah yang lebih kuat daripada biasa yang melibatkan jantung, seolah-olah kita sedang melakukan senaman seperti jogging.
Bagi pesakit yang walaupun hanya dibuang sebelah kidney,mereka masih akan diarahkan untuk melakukan dialysis bergantung kepada fungsi kidney yang masih ada. Jika kidney tersebut mengambil alih funsi melebihi 70%, maka dialysis perlu dilakukan kerana jika tidak ia akan menyebabkan hypertrophy kepada kidney yang masih ada itu kerana ia terbeban dengan terlalu banyak kerja.
p/s: semasa tiba di wad,trip pertama sudahpun bermula, jadi demi melihat proses memasukkan tiub dan penggunaan mesin, saya ditinggalkan keseorangan sehingga bermula trip kedua. semasa melihat cara nurse memasukkan tiub tersebut.. MasyaAllah.. sakit rupa-rupanya. Bukan seperti terkena suntikan biasa.. bukan juga seperti suntikan doktor untuk mengambil darah. Malah lebih daripada itu. Bayangkanlah, pesakit lelaki juga mengerang kesakitan dan paling tidak pun memejam mata menahan kesakitan sehingga mata berair-air. Nauzubillah min zalik.. Makanya, jagalah buah pinggang anda sebaiknya. Elakkan daripada makanan yang akan membebankan fungsi buah pinggang anda.
seronok dapat mengaitkan pembelajaran endocrine of physiology serba sedikit pada hari ini. kawan2, sungguh ni, memang ada gunanya setiap apa yang dimasukkan dalam syllabus kita itu. terutamanya setiap nilai-nilai normal yang perlu kita hafal itu.
di akhir sesi, doktor menunjukkan sejenis vaksin yang perlu diambil oleh setiap pesakit hepatitis untuk merawat virus tersebut.
NOTA : maaf lagi ,kecelaruan bahasa tidak dapat dielakkan.












No comments:
Post a Comment