Wednesday, February 17, 2010

Medical Training 2010 - part 6

Tempat : Oncology Centre, Mansoura University of Egypt
Round : Operation Room (O.R)
Kumpulan : 3 (Minggu Kedua)

Gara-gara trip SINAI yang ter'extend' sehari,maka hanya tinggal hari ini sahaja untuk round oncology saya. Jadi, saya prefer untuk masuk ke O.R dan berhajat untuk teruskan outpatient clinic sehingga petang. Saya agak kelewatan 30minit hari ini, gara2 mencari tempat baru department ini walaupun ditemani oleh seseorang kerana sedikit masalah. its ok, operation baru sahaja bermula.

Untuk O.R di Oncology ini, baju untuk masuk ke operation theatre perlu dibawa sendiri, tidak dibekalkan seperti di Nephrology dan Urology Centre. Untuk maklumat semua, Oncology branch ini adalah branch untuk semua penyakit berkaitan tumor atau cancer. Tiba sahaja di sana, kelihatan ketiga-tiga bilik bedah sedang berlangsung pembedahan. Ok, pertama-tamanya, mengumpul maklumat daripada nurse tentang info pembedahan. Pembedahan untuk hari ini:

1) Thyriod Cancer
2) Sigmoid Colon Cancer
3) Breast Cancer

Bilik pertama yang dituju adalah pembedahan pembuangan cancer thyroid gland. Mulanya, thyroid gland tersebut akan di 'detect' dahulu dengan mengalihkan setiap skin, organ dan muscle yang superficial to it. Selepas thyriod gland tersebut ditemui, biopsy (sample) sel organ tersebut akan diambil untuk diuji sama ada sel tumor tersebut adalah malignant atau benign.

Untuk mana-mana pembedahan bagi tumor atau cencer, kaedah ini adalah wajib kerana jenis tumor ini akan menentukan langkah seterusnya. Maksudnya, sebagai contoh, sekiranya sel tersebut adalah sel malignant, makanya memang organ tersebut WAJIB dibuang kerana sel malignant akan proliferate (membesar) dengan lajunya dan sangat-sangat membahayakan pesakit tersebut. Sebaliknya pula bagi sel benign di mana sel ini kurang risiko dan bahayanya kerana ia jarang sekali membesar dan proliferate. Untuk sel ini, terdapat dua alternatif bagi pesakit. Sepatutnya ia tidak perlu dibuang kerana tidak membahayakan dan tidak akan membesar. Tetapi, jika kedudukan tumor tersebut adalah di kawasan yang kritikal iaitu kawasan yang akan compress artery, vein atau organ yang lain ataupun akan mengganggu immunity system pesakit, ia tetap akan dibuang.

Untuk pesakit thyoid gland cancer pada hari ini, setelah di uji sel tumor tersebut, sel itu adalah sel benign, Jadi, doktor mengambil keputusan untuk tidak membunag thyroid gland tersebut. Oleh itu, samuanya akan dijahit semua dan dimasukkan semula. Agak rumit sebenarnya proses untuk menjahit dan memasukkan semula. Dan agak lama juga masa yang diambil. Oleh itu, saya bergerak pula meinjau-ninjau perkara menarik di operation theatre bersebelahan.

Arah seterusnya adalah di bilik pembedahan sigmoid colon cancer. Setibanya saya di bilik tersebut, doktor telah pun membuang sigmoid colon tersebut. Apabila ditanya, doktor tersebut menceritakan tentang anastomosis yang sedang dibuat antara rectum dengan bahagian lain colom yang tinggal supaya 'flow' tidak terganggu. Agak rumit juga sebenarnya proses ini. Lebih kurang seperti menymbungkan semula large intestine pada pembedahan yang lepas. Jahitan yang sedang dilakukan tidak dapat dilihat dengan begitu jelas kerana rectum berada begitu deep. Jadi, saya mengambil keputusan untuk meinjau di bilik bedah yang terakhir pula.

tumour sigmoid colon yang telah dibuang




Ok, di operation theatre ini adalah paling menarik. Semasa baru tiba tadi, doktor sedang menunggu keputusan biopsy sel tumor pesakit. Sekarang, kelihatan doktor sedang dalah proses pembuangan. Ini bermakna, sel tumour pesakit tersebut adalah sel malignant. Mungkin sel cancer pesakit ini telah merebak kerana menurut  history pesakit ini, sebelah lagi payudaranya telah pun dibunag beberapa tahun yang lepas. Masih kelihatan bekas jahitan pembuangan dahulu.

Proses pembuangan tidaklah kelihatan begitu rumit, cumanya seperti yang kita maklum, bahagian organ ini mempunyai pad of fat yang sangat banyak. Jadi semuanya perlu dibunag dan setiap artery yang supplying organ ni juga perlu dimatikan. Licin organ tersebut dibunag sehingga dapat dilihat muscle deep to it. Kalau tak silap, pectoralis major muscle. Doktor di department ini tidak begitu friendly sebenarnyam jadinya, agak ketakutan untuk bertanya banyak. Barangkali, sibuk kot. Sebabtu kot mereka agak serious dan tegas.

Berbicara tentang breast cancer ini, anda, especially perempuan mesti ngeri kan tengok gambar-gambar di bawah ni. Ya, jika payudara anda telah berjangkit sel cancer ini, memang akan dibuang sepenuhnya. Lihat sendiri gambar di bawah ye. Jika masih dalam peringkat awal dan belum merebak. sel yang berkaitan sahaja perlu dibuang. Dan jika masih di peringkat pertama, mungkin ubat dan drugs sahaja diberi untuk mutate (matikan) sel tersebut atau dengan proses chemotheraphy.

Mnegikut maklumat doktor di sini, statistik menunjukkan purata setiap 5 minit akan ada seorang pesakit yang mendaftar sebagai pesakit breast cancer. Ngeri kan? Dan seperti yang kita ketahui juga, breast cancer adalah antara penyakit paling utama bagi seorang wanita dan punca utama kematian wanita. Bagi lelaki pula, jangan letakkan diri anda di tempat yang terlalu selamat, kerana kes untuk breast cancer bagi lelaki juga sebenarnya wujud.

Oleh itu, sama-sama lah kita mencegah sebelum terkena. Langkah yang paling terbaik adalah menjaga pemakanan dan sentiasa prihatin tentang kesihatan diri anda. Lakukan pemeriksaan secara berkala, mudah sahaja, pemeriksaan sendiri boleh dilakukan jika anda mempelajarinya melalui mana-mana kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan dan badan-badan NGO atau bukan NGO yang lain. Silalah prihatin ye.. Nauzubillah min zalik..

masih dalam proses pembuangan
doktor sedang mematikan artery yang berkaitan

 
agak sukar sebenarnya proses pembuangan ini


 


setelah siap dibuang sepenuhnya
inilah lubang yang tertinggal di mana letaknya payudara tadi
doktor tidak akan menggantikan dengan kulit atau isi dari bahagian badan yang lain
doktor hanya akan terus menjahit dengan men'stretch'kan kulit tersebut
aww! sakirnya kalau kita sedar waktu ini.

ok,nila organ yang telah dibuang itu
berserta pad of fat berkaitan
jika anda lihat, sekitar nipple itu terdapat satu lubang kan?
haa,,itulah lubang awal yang dibuat untuk mengambil sample
kamudian diuji dahulu sama ada benign atau malignant cell.



setelah siap dijahit semuanya
Alhadulillah, tiada sebarang komplikasi.



usai sahaja di bilik pembedahan, hajat di hati nak masuk outpatient clinic memandangkan esok, hari khamis hanya urusan kecemasan sahaja yang akan berlangsung di hospital.
sayang sekali, mungkin tak ada rezeki kot, clinic sudah hampir.
makanya, pulanglah saya ke rumah.
hajat tak sampai pula kali ni di oncology department.

kesempatan saya di oncology department berakhir di sini sahaja kerana sabtu akan bermula semula proses pembelajaran di kuliah. bermakna, huhu cuti dah nak habiss..
sehari sahaja berpeluanh di oncology, namun masih juga bermakna kerana pembedaham palin penting dapat dilihat iaitu bagi penyakit breast cancer.

hurm.. selamat tinggal lah ye HOSPITAL.
selamat kembali pula ke DEWAN KULIAH.

p/s: kesimpulan untuk medical training ini akan menyusul kemudian ye. apapun, pengalaman hari ini masih bermakna walaupun hanya sehari dapat berlegar-legar di oncology department.


No comments: