Monday, February 8, 2010

Medical Training 2010 - part 3

Tempat : Urology and Nephrology Specialist Centre, Mansoura University of Egypt.
Round : Radiology Department
Kumpulan : 2 (Minggu Pertama)




Hari ini merupakan hari yang agak mencabar kerana pertama kali kami terpaksa 'survive' sendiri di department ini. Hari-hari yang sebelumnya, mentor bersama-sama kami untuk kemudahan berkomunikasi dengan kakitangan hospital. Namun hari ini, setelah membawa kami ke department Radiology, mentor tersebut berlalu pergi untuk urusan lain. Walaubagaimanapun, kami memang sudah sedia maklum, kerana rakan-rakan yang telah memasuki department ini tempoh hari sudah berpesan agar 'meringankan' mulut untuk bertanya pada mana-mana doktor yang ada. Mujurlah, ada di antara kami yang sangat mahir berbahasa arab, memudahkan kami untuk bertanya pada mana-mana kakitangan hospital. Komunikasi dengan doktor,tidak begitu rumit kerana kebanyakan mereka boleh berbahasa Inggeris.

NOTA : for video, please right click and open in new tab for your convenience.


Tempat pertama yang dituju di dalam department tersebut adalah bilik Ultrasound. Ini adalah alat yang paling simple dan basic. Ultrasound melibatkan penggunaan gelombang bunyi yang akan dihantar ke badan melalui medium khas (gel) yang kemudiannya akan dipantulkan semula ke komputer untuk dilihat. Penggunaan ultrasound sebenarnya tidak begitu spesifik,jadi untuk melihat organ dengan lebih jelas, alat radiology lain perlu digunakan. Dingatkan juga, sebenarnya, pagi pesakit yang obesity, ultrasound tidak dapat berfungsi secara optimum untuk pesakit tersebut. Sebagai contoh, paru-paru (lung) yang dipenuhi udara (distended with air) .Kelebihan ultrasound adalah, sebarang pergerakan dapat dilihat. Sebagai contoh, bayi di dalam kandungan dan aliran darah di jantung atau hati (liver). Khidmat ultrasound ini tidak hanya untuk diagnosis, tetapi boleh juga diulang untuk melihat perkembangan sesuatu organ atau penyakit, seperti saiz tumor atau sebarang hyperthrophy pada organ (pembesaran abnormal). Antara kegunaan-kegunaan ultrasound adalah:

1) obstetrics - contoh paling senang adalah wanita mengandung, tumor pada ovary, uterus atau fallopian tube
2) cardiology - pergerakan darah. tahap optimumnya valve pada jantung, dinding jantung dan kadar pengepaman jantung
3) blood vessels - untuk melihat jika terdapat thrombosis atau blood clot yang menghalang aliran darah
4) abdominal structure - melihat organ di abdomen seperti stomach, liver dan lain2.
5) neck - mengenalpasti kehadiran tumor, keabnormalan thyroid gland, dll.
6) screening uses - pada abnormal blood vessels
7) therapeutic uses - membantu semasa ingin memasukkan jarum/tube kedalam badan pesakit untuk tujuan pembedahan.





Klik sini untuk video:

Tempat kedua yang dituju, bilik MRI (Magnetic Resonance Imaging). Selalu kan tengok dalam movie HOUSE. Sekarang baru dapat tengok secara realiti. Menarik sangat, lagi menarik bila dapat doktor yang agak pandai berbahasa Inggeris. Penerangan diberi dari segala alatan sehinggalah cara untuk membaca report MRI. Masa ni laa nak test ilmu Neuroanatomy tahun ini, sebab kebetulan ada report untuk brain MRI, sebab doktor siap tanya lagi itu ini suruh labelkan. Kalau nak bercakap semua yang dibincangkan tentang MRI ni memanglaa sangat banyak.. tapi, secara ringkasnya, apa yang paling penting tentang MRI ni, fluid/cecair seperti CSF akan appear black. Report MRI ada dua jenis spesifikasi. (T1 danT2). Kita boleh tengok tulisan ni pada report tu, dengan tulisan yang sangat kecil.,tapi tidak ditulis direct T1 dan T2. Untuk T1, nilai TR selalunya kurang 800 dan TE kurang 20. Manakala T2, nilai TR selalunya melebihi 1000 dan TE melebihi 80.



Konsep utama yang digunakan oleh MRI adalah 'magnet' di mana 'magnetic field' akan diwujudkan daripada proton yang datang dari hydrogen dengan proton yang ada di dalam badan pesakit. Sejam sebelum melakukan scan ini, pesakit akan disuntik satu drug khas yang akan hilang dalam masa 24jam melalui urine (air kencing). Tidak seperti x-ray, test ini boleh diulang seberapa kerap pun jika diperlukan. Antara kepentingan MRI scan ini adalah, ia akan memberikan report yang sangat spesifik dan dapat kelihatan dengan sangat jelas. Antaranya, sebarang thrombosis, clotting, swelling, tumour atau inflammation. Cut section nya juga punya variasi dan dapat dilakukan pada mana-mana bahagian badan. MRI scan ini, lebih popular digunakan untuk brain sebenarnya. Perkara paling penting yang berlu diingat adalah, sebarang objek metal/besi WAJIB dielakkan semasa melakukan scan ini. Pesakit yang memakai pacemaker juga TIDAK BOLEH melakukan scan ini.





Seterusnya adalah bilik Gamma Rays. Tidak begitu banyak informasi yang diperoleh di sini kerana doktor yang bertugas tiada di situ dan hanya juruteknik yang memantau. Agak sukar untuk berkomunikasi dengan bahasa arab. Cuma apa yang difahami dan didapati, scan ini menggunakan gelombang gamma yang akan penetrate sehingga ke dalam tisu. Scan ini hampir sama dengan x-ray juga. Berbeza dengan x-ray, risiko gamma ray scan ini kurang sedikit, kerana boleh diulang dalam masa yang lebih singkat iaitu 2 atau 3 bulan sahaja.





Bilik Angiogram menjadi destinasi seterusnya. Kami kurang bernasib baik hari ini kerana tiada pesakit untuk angiogram pada hari ini. Menurut penerangan doktor, saya rasakan Angiogram ini sangat menarik. Sayang sangat kerana tidak dapat melihat sendiri prosesnya. Angiogram adalah xray untuk salur darah, di mana ia dapat dilihat dengan jelas dan in motion (bergerak) melalui skrin. Sebelum itu, pesakit akan disuntik dengan dye khas untuk lining blood vessel tersebut. Paling popular tentang angiogram adalah, coronary angiogram di mana small catherer akan dimasukkan dalam blood vessel. Tujuan angiogram yang paling utama adalah untuk mengenalpasti tahap coronary blockage.



Akhir sekali dan yang paling penting adalah CT (Computerized Axial Tomography) scan. CT scan adalah scan paling kemuncak dan terakhir dilakukan kerana paling spesifik. Menggabungkan pelbagai xray yang boleh dibandingkan dalam computer dari pelbagai jenis view. Benda paling utama yang ingin dilihat adalah keabnormalan sesuatu organ atau bahagian. Antara lainnya adalah blot clot, tumor, infection dan fracture. Kelebihan utama tentang CT scan adalah, ia paling kurang risiko dan mudah tetapi masih boleh mendapat keputusan yang paling tepat. Kelihatan CT scan machine dgn MRI machine mcm sama kan? Apa bezanya? MRI menggunakan kuasa magnet, tetapi CT scan lebih kepada x-ray. 

OK,sepatutnya hari kami pada hari ini berakhir di sini sahaja. Tetapi, tiba-tiba hampir sahaja di pintu keluar, salah seorang daripada kami mencadangkan untuk ke makmal pathology. Sekadar mendapatkan maklumat tambahan. Trial and Error je sebab xada pun dalam jadual. Alhamdulillah, nasib kami baik sebab menemui Dr. Muna di sana yang sangat peramah dan baik hati sanggup melayan kami. Banyak sangat info yang kami dapat dan sangatlah mendalam penerangan yang beliau berikan. Berkaitan dengan pathology dan juga gabungan histology. Menarik! Sebab seolah-olah dapat juga lihat aplikasinya pembelajaran subjek histology pada tahun 1 dan 2. 

Nak ceritakan semua,memanglaa sangat tak patut.. terlalu panjang jadinya nanti.. Antara benda paling menarik yang didapati di department ini adalah.. Tujuan utama department pathology ini adalah untuk melakukan post mortem terhadap sebarang hasil daripada pembedahan. Sebagai contoh, pembuangan tumor atau sesuatu organ. Tujuan utama adalah untuk mengenalpasti sama ada tumor itu benign atau malignant supaya progress pesakit dapat dilihat dan diramal. Seterusnya adalah untuk simpanan sebagai 'history' pesakit dan untuk bahan rujukan dan uji kaji hospital. Dr. Muna ada menunjukkan semua simpanan slides sel2 pesakit.. sejak dari berpuluh-puluh tahun dahulu. Tengok gambar ni.. dalam setiap laci ini ada nombor-nombor pesakit sejak dulu lagi dan juga fail-fail report pesakit masih lagi disimpan. Ala-ala muzium gitu..

Perkara yang paling-paling menarik adalah apabila Dr. Muna membuka sample yang baru diterima dari bili bedah yang mempunyai kidney dan testis. 

Klik video ini:

Di dalam video ini anda akan dapat lihat penerangan Dr. Muna tentang kidney yang baru dibuang itu. Dan serba sedikit anatomy dan histology of kidney yang berkaitan. Anda patut tengok ini, kemudiannya Dr. Muna akan membelah kidney tersebut untuk melihat apa sebenarnya masalah pesakit tersebut. Tanpa diduga, rupa-rupanya,kidney tersebut mengandungi batu karang (stone). 3 biji tau.. 2stone biasa dan satu branched stone. Sangat2 terkejut.. memang sebiji macam batu dan sangatlah besar.. Menurut Dr.Muna sebab itulah kidney itu perlu dibuang kerana stone itu telah merosakkan dinding minor and major calyxces of kidney tu. Ingat lagi tak histology of kidney, 2nd year tau.. bukak balik tau.




Klik video ini:

Video ini pula menunjukkan sepasang testis yang telah dibuang dari seorang pesakit lelaki. Testis ini adalah normal, tetapi dibuang hanya kerana hyperfunction. Maksudnya, terlebih secrete hormone testosterone yang akan mengganggu secretion of hormone yang lain. Yangni, physiology tahun ni kan? Bangga doc khalid kalau tahu kita semua boleh relatekan ini dengan pengajaran dia di dalam kelas..




Antara lain yang Dr. Muna terangkan adalah tentang bagaimana menghasilkan slide untuk di diagnose dan disimpan. Serupa seperti yang kita belajar dalam histology tahun lepas, ingat lagi tak? Dalam introduction of histology?

Kemudian Dr. Muna juga tunjukkan segala mesin-mesin yang digunakan dan menunjukkan slide sel yang normal dan sel tumor pada salah satu slide pesakit. Apa yang ingin dinyatakan di sini adalah, sebenarnya apa yang kita dah belajar selama setakat dua tahun ini memang ada praktikalnya yang suatu hari kita pasti akan lihat juga realitinya. Memanglah, bila belajar histology, kita terfikir-fikir di mana signifikasinya kan? Saya pun pernah terfikir juga.. Jadi sekarang, anda pun dah tahu kan, marilaaa sama2 sungguh2 belajar setiap apa yang ada dalah syllabus kita. Belajar sungguh2.. moga2 nanti bila tiba giliran anda pula untuk masuk attachment, pasti akan jadi lebih menarik sebab anda tahu apa yang sedang doktor cakapkan.



Itu sahaja dulu untuk hari ini.
Maaf kerana lambat update, ada kesilapan teknikal sedikit.

NOTA : Maaf kerana kecelaruan bahasa. Tidak dapat elak daripada mencampurkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris kerana pembelajaran adalah dalam bahasa Inggeris. Sesetengah perkataan susah untuk ditranslatekan..

No comments: