Saturday, February 6, 2010

Medical Training 2010 - part 1



Medical Training 2010 Members
6/2/2010 - 20/2/2010
Mansoura University of Egypt


Kehampaan cuti musim panas yang lepas kerana tidak dapat melakukan ‘attachment’ (Latihan Klinikal di Hospital) di Malaysia kerana masalah pengesahan dokumen di university, terubat pada cuti musim sejuk kali ini. Syukur Alhamdulillah.. Walaupun hanya sebagai ala-ala ‘bidan terjun’ gitu, menggantikan si sipolan yang menarik diri.

‘Medical Training’ yang bermula pada hari ini (06.02.2010) akan mengambil masa selama dua minggu iaitu sepanjang cuti musim sejuk. Latihan Klinikal ini akan berlangsung di ‘Urology and Nephrology Specialist Centre dan Oncology Centre, Mansoura University of Egypt. Pertama kali menjejakkan kaki ke centre ini, terpegun sebentar semuanya. Terdetik di hati, rupa-rupa ada juga lagi perkara menarik tentang Egypt ni yang boleh dibanggakan. Sungguhpun centre ini adalah hospital kerajaan, tetapi standardnya kelihatan seperti hospital swasta kalau di Malaysia. Mungkin patut jika dikatakan hampir-hampir standard ‘5 stars’. Mungkin sebab itulah, hospital ini diletakkan pada ranking ke-3 terbaik bagi Negara-negara Arab Republik.Wah! Teruja rasanya untuk menerokai setiap pelusuk hospital ini sepanjang 2 minggu akan datang ini.


Seawal jam 9 pagi kami berkumpul di Pejabat Universiti untuk dibawa oleh mentor masing-masing mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Setelah selesai sesi bergambar dengan semua peserta kali ini, maka kami pun berpecah mengikut haluan masing-masing. Untuk minggu yang pertama ini, saya akan bermula di bahagian Urology dan Nephrology manakala pada minggu kedua di bahagian Oncology.

Hari ini, kumpulan kecil saya di bahagian Urology dan Nephrology bermula dengan section pediatric O.R iaitu operation room untuk kes kanak-kanak. Dr. Wesam Fawzy, pelajar tahun 5 yang merupakan mentor kami sepanjang program banyak membantu dari segi komunikasi dengan pekerja-pekerja hospital kerana kami masih lagi belum fasih berbahasa arab.

Di section O.R, kami yang terdiri daripada 4 orang ‘doktor muda’ disambut mesra oleh nurse yang bertugas lalu dibawa ke bilik salinan dan pensterilan bagi persiapan untuk memasuki operation room. Pakaian dan kasut terpaksa ditukar.. Mask dan penutup kepala juga perlu dipakai. Sungguh, terasa seperti semakin dekat dengan alam kedoktoran sebenar. Lagi-lagi pula, semua orang memanggil kami dengan panggilan ‘doctor/dokturah’. Sudah menjadi tradisi di sini, sungguhpun masih bergelar pelajar, mereka lebih senang memanggil sesuatu gelaran baik seperti doctor/dokturah bagi pelajar perubatan dan ustaz/ustazah bagi pelajar jurusan Islamiah kerana bagi mereka itu adalah satu doa. Berbeza kan dengan budaya di Malaysia.


Setelah persiapan semua lengkap dan diluluskan, saya, Anis , Akmal dan Haizaq dibawa masuk ke operation room yang mana satu pembedahan sudah pun bermula lebih kurang setengah jam. Subhanallah.. pertama kali dapat melihat dengan mata sendiri. Dan yang lebih penting, haha maka terbuktilah saya tidak fobia dengan darah.


Terdapat tiga pembedahan sederhana yang dijadualkan pada hari ini. Tetapi kami hanya berpeluang untuk melihat dua sahaja. Bukan kerana kekangan masa, tetapi kerana keletihan yang amat sangat. Usai sahaja pembedahan kedua lbih kurang jam 3.30 ptg, kami mengambil keputusan untuk pulang. Sepatutnya, dengan kad pelepasan yang diperoleh itu, kami bebas untuk memilih untuk berada berapa lama di sana mengikut jadual section yang telah ditetapkan setiap hari.

Head of surgeon pada hari ini adalah Dr. Usamah manakala Assistant Surgeon adalah Dr. Rome. Beberapa orang doctor pelatih tahun 6, anaesthetic dan pembantu perubatan juga turut berada di dalam operation theatre yang sama. Sepanjang pembedahan berlangsung kami bebas untuk bertanya apa sahaja perkara yang berkaitan dengan pembedahan. Ada juga sesekali, surgeon tersebut menerangkan beberapa langkah penting yang sedang dia lakukan. Dan yang lebih menarik, pada 30minit pertama saya dan Anis masuk, setelah beliau tahu kami ini berada di tahun berapa, beliau mengaitkan penerangan dengan silibus yang telah kami pelajari. Sekali sekali, bertanya soalan untuk menguji. Terutamanya tentang Anatomy.

Haha! Sedikit kantoi.. iyalah, bukan semua details pelajaran tahun satu dpat diingat dengan baik. Sudahlah lagi, tahun ini lebih mencabar dan banyak ilmu yang perlu disumbat dalam kepala. Mujurlah surgeon itu memahami. Di balas dengan senyuman sahaja aksi kami yang tergagap-gagap menjawab. Bak kata Dr. Omar Berakah, Surgeon dan Pensyarah Anatomy tahun lepas, “it is normal when I teach clinical year students, I have to make extra classes to refresh them on few things about the related anatomy of first and second year syllabus”

Pembedahan yang berlangsung pada hari ini:



1) Nephroctomy – pembedahan membuang tumour kidney seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun yang melibatkan kidney (buah pinggang) kanannya. Pembedahan mengambil masa lebih kurang 2jam 30minit dan dijalankan oleh dua orang surgeon. Setiap organ yang berdekatan dengan kidney dapat dilihat secara ‘live’ dan sesungguhnya memanglah agak berbeza dengan organ-organ di dalam jar yang dipamerkan di muzium university. 
 
2) Recurrent Coronal Hydrocephalus – pembedahan penis seorang lelaki berusia 23 tahun. Pesakit ini walaupun sudah berusia 23 tahun, dirujuk semula ke bahagian pediatric (bahagian kanak-kanak) kerana kegagalan pembedahan pertamanya semasa kecil dahulu. Sebab itu dinamakan ‘recurrent’ iaitu berulang lagi. Masalah hydrocephalus ini adalah berkaitan dengan urethranya yang berada pada kedudukan dan arah yang salah. Sekiranya dibiarkan, beliau mungkin akan mengalami masalah kemandulan. Penyakit ini sebenarnya lebih kepada anomalies of penis semasa dilahirkan. Jadi, sejak lahir lagi pesakit ini mengalami masalah ini.
 
Sedikit terkejut dengan tradisi kerja di sin hari ini. Doktor yang sama menjalankan tiga pembedahan sekaligus dalam masa satu hari. Hanya berehat selama lebih kurang 1jam sahaja. Kagum sangat-sangat dengan mereka ini. Barangkali kekurangan surgeon. Sudahlah berdiri sahaja sepanjang pembedahan. Kami yang hanya menjadi pemerhati yang juga berdiri pun sudah lenguh-lenguh dan sakit peinggang berdiri terlalu lama. Mungkin, alah bisa tegar biasa kot.. Sesungguhnya, besar juga tanggungjawab seorang surgeon dan betapa besarnya pengorbanan mereka.


Memandangkan centre ini adalah antara yang terbaik, semua peralatan dan suasana di sana sangat menyenangkan. Segala jenis kecanggihan juga ada.. Ala-ala seperti yang dilihat di dalam medical movies.. Kebersihan dan pensterilannya juga amat baik. Semua kakitangan yang bekerja di sini, kata Dr. Wesam, semuanya adalah yang terpilih dan terbaik. Makanya, attitude mereka di sini, sangatlah menyenangkan. Malahan, sangatlah baik.. Bahkan, adakalanya terasa seperti nurse-nurse di sini lebih friendly bebanding segelintir nurse-nurse di hospital kerajaan di Malaysia.



Semasa waktu rehat, kami berpeluang melawat wad pesakit yang baru sahaja dibedah. Memandangkan kami di bahagian kanak-kanak.. semuanya masih kecil belaka.. sedih, sayu dan simpati sangat-sangat pada merka. Pada usia yang kecil terpaksa mengalami penderitaan yang tak pernah pun diminta. Di kala dosa yang walaupun masih sedikit, Allah menguji mereka dengan derita seberat itu. Lebih sayu apabila kana-kanak lelaki yang baru sahaja dibedah tadi pada sesi pertama, merengek kesakitan kepada ayahnya setelah sedarkan diri tatkala ubat buis sudah hilang.

Seorang lagi anak kecil ini, sedang menunggu giliran.. tiada siapapun yang menemani kerana kata nurse, “mafish mama wi baba, fi barroh”, mak dan ayah dia tiada, ada di luar. Bekerja barangkali.. Kasihan sangat-sangat. Hendak dipujuk, tidak tahu apa yang boleh dikatakan untuk menenangkan. Kemahiran berbahasa arab masih lemah. Apa yang mampu hanyalah memberi senyuman paling ikhlas dan menyebut beberapa kata-kata semangat dalam bahasa arab yang diketahui.
 
Mungkin itu sahaja untuk hari ini.. esok, masih di bahagian O.R (operation room) tetapi wad orang dewasa pula. Diharapkan kes esok lebih lagi menarik untuk dikongsi bersama. Malam ini, perlu homework lebih dan revision lagi untuk membantu dalam pemahaman setiap kes. Terutamanya anatomy of abdomen dan pelvis. Doakan yang terbaik untuk saya ye..


p/s: entry ini didedikasikan khas buat semua ‘medicalclick’ members.. (2nd year convensional medical programme 2010) sekadar ingin berkongsi bersama kalian pengalaman yang diperoleh. InsyaAllah, jika ada rezeki, tahun depan dan seterusnya giliran anda pula kan.. Semoga kalian berpuas hati dengan setiap entry yang akan di post kan di sini.. Terima kasih tak terhingga buat yang memberi peluang ini untuk saya, insyaAllah saya akan lakukan yang terbaik untuk kita kongsi bersama di sini, agar semua orang dapat turut merasa.


Buat semua ‘readers’,
Jika sudi, komenlah.. Jika ada sebarang pertanyaan pun, silakan bertanya ye, komen anda di bawah ataupun chatbox sangat2 dialu-alukan.






Medicalclick Batch
2nd year Convensional Medical Programme 2010


Urology and Nephrology Centre


Urology and Nephrology Centre


1st week group
Urology and Nephrology Centre


NOTE : maaf,gamba di luar theatre room sahaja yang ada. di dalam theatre room xboleh bawa kamera


4 comments:

Anonymous said...

yeah. berjaya komen!

cinderella said...

najib in green... tomeeeee!!!!!!!!!!

Shafiqa Mohd said...

it was great kan?
best nya. :)

p/s :good luck syg. ;)

saffron tia_najib said...

azwanbakhtiar>>>
heh.. tq kpd kamu yee.

cinderella>>>
wow! cinderella ni the house!
haha mcm baju punjabi pn ade gak.

shapikapikabon>>>
ha'a.. great and precious sgt2!
thanks jgk dear..
take care ddk sorg kt umah tu.