Thursday, February 25, 2010

SUNNAH : memotong kuku



RASULULLAH S.AW BERSABDA:
maksudnya...

Barang siapa yang memotong kukunya pada ;

* Hari Sabtu :
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad :
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa :
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu :
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat :
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.



Jika dilihat hadith nabi di atas, antara hari-hari yang sesuai untuk kita potong kuku adalah pada hari ISNIN, KHAMIS dan JUMAAT.

Rasulullah sudah memberi panduan kepada kita bagaimana untuk memotong kuku dan masa yang sesuai untuk memotong kuku. Selepas ini kita cubalah untuk tidak sewenang-wenangnya memotong kuku pada bila-bila masa sahaja ye.. Sekurang-kurangnya kalau kita ikut sunnah nabi amalan, kita ini insyaAllah diterima oleh Allah sebagai ibadah.

Banyak hikmah yang boleh diambil disebalik sesuatu perkara berdasarkan sunnah-sunnah Nabi ini.
 
Berikut pula adalah turutan jari untuk memotong kuku mengikut sunnah Nabi.
 

SELAMAT BERAMAL!
dan
SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA



p/s: Semoga maulidur rasul kali ini bukan menjadi satu sambutan secara ritual, tetapi terpahat satu hikmah yang baru di hati kita. Dan harus diingat, mengingati Rasulullah S.A.W bukan saja pada hari Maulid, tetapi pada bila-bila masapun dan dalam setiap amalan kita. Antara amalan yang paling mudah, adalah berselawat pada junjungan Nabi S.A.W dan mengamalkan sunnah-sunnah baginda.


NOTA : Terima kasih buat penyumbang artikel, dr.HZM. Maaf, kerana lambat publish.

No comments: