Monday, December 28, 2009

baik buruk, dosa pahala


Dari Abu Umamah, Nabi bersabda:


"..Sesungguhnya pencatit di sebelah kiri mengangkat pena selama 6 masa daripada seorang muslim yang bersalah, atau muslim yang berbuat jahat. Apabila dia menyesal dan beristighfar kepada Allah, dan mencampakkannya, (maka tidak ditulis). Jika tidak, dia akan menulis sebagai satu kesalahan.."

- Direkod dalam Mukjam Kabir Tabarani (no: 7765). Dan dinilai sahih oleh Albani dalam Sahih al-Jamik 2/212 -

Dalam erti kata yang lain,
hadis ini menunjukkan bahawa Malaikat di sebelah kiri kita, yang mencatat amalan jahat.. menangguhkan dahulu catatan amalan jahat kita buat sementara waktu, memberi peluang untuk kita bertaubat.. jika kita beristghfar dan bertaubat dalam masa tersebut, maka Malaikat tidak akan menulis kesalahan kita itu. Makanya, apapun yang kita lakukan dalan kehidupan seharian, niat adalah merupakan perkara yang paling utama. Mulakan hari dengan niat yang baik, insyaAllah setiap langkah yang akan dilalui akan lebih diberkati Allah.

Allahhuakbar!


p/s: terjumpa potongan hadis ini semasa blogwalking sebentar hari ini.. pernah juga didengar sebelum ini,tapi tak pernah sangka sampai macamni sekali Allah sayangkan kita kan.. sedangkan amalan yang baik, sekecil2 niat yang hanya terlintas pun boleh memberikan pahala seakan dia melakukan amalan baik itu. inilah juga antara hikmah kita bersangka baik dengan semua orang..


"BOLEH JADI SESUATU AMALAN KECIL MENJADI BESAR KERANA NIAT.. BOLEH JADI SESUATU YANG BESAR MENJADI KECIL JUGA KERANA NIAT"
- cairo : Nov '09 -


* terima kasih buat SF untuk informasi pada hari ini*

No comments: