SELOKA BUDI - Siti Nurhaliza
Bebudi pada yang sudi
Manis hingga ke mati
Sukar di ganti walau segunung baiduri
Usah di harap balasan
Esok lusa ia pasti datang
Pastinya datang
Walaupun jauh beribu batu
Di dalam mimpi bertemu jua
Usah fikirkan
Duka lara dan sengketa
Ada budi ada bahasa
Orang memberi kita merasa
Sungguhnya hati nak bercinta
Tutur katamu sungguh mulia
Nian sungguh budimu sayang
Senyum bila terpandang
Walau sepi di dalam
Riasmu ku tertawan
Ayuh cik abang kita gembira
Kita menari sambil seloka
Tiada rasa sengketa
Menyanyi bersama
Ikut rentak nusantara
Buah cempedak di luar pagar
Tumbuhnya rendang condong ke desa
Orang tidak pandang harta
Tetapi pandang budi bahsa
Bintangmu sungguh menarik
Cahayanya sampai ke bulan
Wajah manis hati baik
Itulah budi di kenang orang
...........................................................................................
p/s: lagu ni bawa banyak sangat makna.. mengenai adat ketimuran kita yang semakin diabaikan masyarakat sekarang ini.. sedih rasanya apabila mengenangkan anak2 muda sekarang yang kian hilang di dalan arus kemodenan dan menghala ke arah barat.. Nauzubillah, semoga Allah tidak mengambalikan aku ke arah itu semula, jika aku pernah berada dalam golongan itu walaupun sedikit..
melihatkan adat orang2 arab di sini, saya rasa bangga menjadi ank Malaysia.. ank timur.. syukurlah kita punya ibu bapa yang berjaya membimbing kita dengan nilai2 ketimuran selama ini.. semoga dengan keberadaan kita di mesir ini, tidak akan mempengaruhi diri kita dengan adat2 negatif masyarakat lain.. ambil yang jernih sahaja yee.. rata2 lecturer di universiti kagum dengan sikap kita, dan menghormati mahasiswa dan mahasiswi Malaysia.. maka, janganlah kita meubah persepsi baik mereka itu, buktikan bahawa kita memang yang terbaik.. buktikan bahawa kita anak Malaysia yang sejati yang juga seimbang dari segi Islamiah juga.
semalam, dapat cakap dengan mak dn ayh lagi, kali ini dari Madinah pula.. msg yang dihantar tempoh hari, buat mereka impressed! sy seronok bila sy buat mereka bahagia.. walaupun kcik tahu, kebahagiaan mak ayh dah bagi pd kcik seumur hidup kcik, takkan dapat kcik balas sepenuhnya, kerana semuanya terlalu tinggi nilainya.. tpi percayalah.. kcik akan cuba.. satu perjuangan ini, akan diteruskan.. dengan berkat mak ayh.. kcik syg mak dgn ayh sgt2!
NOTA 1 : kebelakangan ni jugak, lagu2 traditional pulak yang menjadi pilihan di kala merehatkn minda sebentar selepas otak jammed.. kadang2 tengah study pn ada jugak pasang.. teringat juga kata2 Prof Dr. Abdul Latif tempoh hari, tiada istilah study + music bagi seorang doktor.. iyaa,saya juga terima phrase tu, malah, dari masa sekolah lagi, mak dengan ayh pun melarang.. cumanya, adakala jika kita study sewaktu dalam crowd.. contohnya, di dalam bas, di dalam kuliah ketika lecturer tak masuk.. saya lebih memilih untuk memasang sesuatu di telinga. Ini untuk mengalih perhatian saya daripada kebisingan di luar yang bermacam2 ragam.. daripada mendengar suara2 itu, dan asyik mengangkat muka bila tertarik, lebih baik meletakkan sesuatu yang kita tidak akan tengok kn? sy lebih mudah fokus dengan cara itu.. anda bagaimana?
NOTA 2 : makanya, benarla jugak kata2 Prof Dr. Abdul Latif bahawa, dia tidak meletakkan music itu 'haram' bagi sorang pelajar, tetapi music itu perlu diletakkan pada keadaan yang bersesuaian. mesyi?
NOTA 3 : music itu indah.. lagi indah jika liriknya bermakna dan tersusun indah.. lebih lagi indah jika kita meletakkannya di tempat yang betul dan berjaya menghayatinya dengan sepenuh hati.. namun, berpada-padalah.. jangan sampai music itu nanti menjadi sesuatu yang lagha.. usah terlalu taksub dengan lagu, ingatlah diri apabila kita bergelumang dengan music.. sesungguhnya, di antara mana2 lagu, lagu Al-Quran juga yang terbaik.. music dunia ini hanyalah sementara, dan jangan biarkan ia menguasai diri kita sepenuhnya..

No comments:
Post a Comment