Wednesday, December 2, 2009

sup tulang?

menarik sangat pengalaman hari ni.. mungkin biasa2 je bagi sesetengah org. masa hari penyembelihan dan pemotongan daging pada hari raya ketiga yang lepas, usai saja kerja-kerja kami, terdengar suara2 AJK yang melelong tulang2 lembu,kambing dan unta utk sesiapa yang berminat memandangkan tidak ramai yang berminat untuk mengambil. jadi, ahli2 rumah, dengan excitednya menawarkan diri.. hehe.. maka dibawalah seplastik tulang ke rumah. xdela banyak sgt pn, mungkin dalam 2kg kot..


kesibukan raya keempat dan kelima membuatkan tulang2 tersebut tersimpan senyap di dalam peti ais sahaja. maka harini, barulah berkesempatan untuk meng 'operate' tulang2 tersebut.. jujur diakui, sy tidak arif sgt2 ttg tulang2 ni.. maka yang meng operatenya adalah mila dan am. mila laa yang paling pro dalam bab2 ni.. yang memasaknya pn mila jugak.. ktrg jenguk2 jee..


setelah lebih 2jam mila bertarung di dapur, akhirnya siaplaa sup tulang tersebut.. mcm2 bau dh keluar.. sbb katanya, tulang2 tu bercampur2, lembu,kambing dan unta. agak kuatla bau kambingnya. sy hanya membantu merebus spagetti je untuk dimakan dengan sup itu.

selesai je proses memasak, acara yang dinanti pun tibalah.. segala kelengkapan utk makan pn sudah tersedia. talam kecik pun dikeluarkan untuk meratah tulang yang besar gabak itu..

apa yang menarik sgt?
yang menariknya.. pengalaman melihat sendiri di depan mata, org meratah tulang lembu dan kambing.. menarikkkk! xpernah lagi lihat.. sebenar-benarnya, mmg xpenah pun seumur hidup bagi sy dan keluarga, makan sup tulang ni dengan isi2 tulangnya. setakat beli bihun sup yang supnya direbus dengan tulang adela.. itu pn kalau dimasukkan perut dll, diminta bungkus yang lain agar hanya ada daging.. seumur hidup mmg xpernah makan.. sng cakap,xreti nk gaya mcmana nk makan.

bila org menghebahkan tempat2 sup gearbox yang sedap2.. fmly sy xpernah pn tertarik untuk mencuba.. bahagian daging yg dimakan hanyalah daging.. itupn daging jarang2 sekali,mungkin sebulan sekali sahaja. kami lebih suka ikan dan lebihkan sayur dalam setiap masakan..

tapi,jujur sgt ku akui, pengalaman hari ini sgt menarik.. cuma, kecewa sedikit di sini kerana tidak berjaya memaksa diri untuk bersama-sama menikmatinya. tidak berjaya memaksa diri.. mungkin kerana kali pertama kot.. sup sahaja yang berjaya dimakan bersama spagetti.. itupun ditahan bau2 kambing yang sangat kuat dalam sup tu. seronok melihat gelagat ahli2 rumah meratah tulang2 yang ada.. yang menghirup sumsum tulang.. yang mengorek isi terlekat di tulang.. memang pengalaman betul.. sampai licin tulang2 tu..


p/s: err.. bonus point utk mila.. tabik laa,pndi mila meng operate tulang2 tu, smpi jadik sedap kuahnya.. ad sesiapa berminat dgn mila ni? sila2 amik borang kat saya yee.. (mila,jgn mareeee.. ngee~~~) syukurla setakat ni. system badan didapati tidak menolak daging kambing.. kalau tak,huhu sedeyhnyaa xdpt nk makan..



NOTA : dengar2 macam2 ragam sesetengah org yang system badannya tidak dapat menerima daging kambing.. lain pula cerita pesakit darah tinggi, sememanganya daging kambing WAJIB dielakkan.. sebenarnya, tabiat pemakanan sup tulang ini juga tidak baik.. kerana lemak2 dan kolesterolnya.. boleh mengganggu system badan dan membawa penyakit. tetapi, mungkin boleh dimaafkan jika pengambilannya hanya setahun sekali sahaja.

No comments: