Wednesday, December 2, 2009

eid'adha


we'll be best friend forever and ever
tia N mira


after eid's prayer
with some sayyeda zainab's residents


beit NADA N beit HAULAH
glad to meet all of you


foods specially prepared for eid
(missing apple pie N ketupat N lemang in this pic)


new friends from cairo university
location : ARMA


Kedah Residents House
Hayyu Sabiq


ladies CINTA
4th day of Eid'Adha



Pagi nan indah lagi tenang.. Cuti untuk hari raya kali ini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Masih ada perancangan yang diatur yang belum diselesaikan, moga-moga dengan masa yang ada ini sempat untuk menyelesaikan semuanya sebelum kuliah bermula semula.

Pagi nan indah lagi tenang.. Terasa sungguh lega hari ini. Kepenatan yang amat beberapa hari yang lepas yang meminta-minta untuk berganti dengan rehat pula. Hari ini, lega rasanya. Rehat yang diperlukan sudah memadai. Tidak boleh terlalu lebih rehatnya, nanti melampau-lampau pula. Takut nanti membawa kepada kemalasan, terbawa-bawa sehingga kuliah membuka tirainya.

Pagi nan indah lagi tenang.. Baru hari ini mendapat idea untuk menulis semula. Terpanggil-panggil rasanya untuk berkongsi kenangan-kenangan manis sepanjang sambutan aidiladha beberapa hari yang lepas. Tetapi tidak betah rasanya untuk menceritakan semuanya sekali. Terlalu panjang agaknya nanti. Jadi,ringkasan sahaja lah yee..

Malam raya.

Waktu ini sudah tiba di rumah Amirah, kawan lama, kawan baik, yang tahu rahsia suka duka semasa alam persekolahan dahulu. Seronok sangat bila berjumpa.. setelah sekian lama kami mengatur pertemuan di Mesir ini. Baru kali ini berkesempatan untuk berjumpa. Terlalu sibuk barangkali tahun lepas. Berbuka puasa (Hari Arafah) di Beit NADA Sayyeda Zainab, bersama-sama rakan-rakan Mira. Kemudian bergerak ke Beit Haulah, Sayyeda Zainab. Bahang raya sangat dirasakan.. bergotong royong bersama-sama untuk makanan di hari raya. Seronok sangat-sangat.. Terharu dengan layanan mereka di sana. Tidak terasa seperti tetamu walau sesaat pun.

Aidiladha Pertama.

Bersolat raya dia masjid bersama-sama orang Arab. Pengalaman yang baru.. Cuma agak kurang bernasib baik kali ini kerana tiada khutbah raya memandangkan hari itu adalah Jumaat dan khutbah digabungkan dengan khutbah Jumaat nanti. Pulang ke rumah, makanan raya sudah tersedia.. Kami menjamah makanan bersama-sama. Menunya? Soto, rendang ayam, kuah kacang, nasi himpit, lemang dan pai epal. Sedappp!

Kemudian kami bergerak ke Hayyu Asyir, penyembelihan dan korban dilakukan di sana. Ramai sangat orang.. dan kelihatan banyak sangat lembu, kambing dan unta yang bakal disembelih.. suasana gamat.. macam-macam gelagat manusia dapat dilihat. Di sini juga, ku berpleuang untu berjumpa dengan rakan-rakan lama.. juga rakan-rakan baru. Ramah semuanya.. mungkin ini sifat yang ada pada bakal-bakal doctor kan.. berkena-kenalan dan bersantai di Rumah Negeri Selangor sehingga Zohor. Menanti untuk membantu memotong daging sebenarnya.. Tetapi memandangkan tenaga kerja berlebihan dan mungkin bantuan tidak diperlukan lagi.. Kami bersiar-siar sekitar Hayyu Asyir, menzirah rumah ustazah-ustazah kuliah agama di sana. Part ni yang best sekali, maklumlaa, kakk2 di sini, sudah matang belaka, ada yang sudah berkahwin pun. Jadi, masakan mereka pastilah lain.. Air tangan kan.. Sedappp! Di sini berkesempatan untuk mengenali lebih ramai kenalan yang merupakan rakan-rakan Mira juga. Seronok rasanya dapat mengenali mereka, ramah-ramah belaka. Terasa seperti baru melihat dunia. Selama ini, tidak berkesempatan untuk mengenali orang.. Hanya berasa di kelompok yang sama di Mansurah.

Sesudah menziarah beberapa rumah, mata pun sudah layu kerana kekenyanya. Berkira-kira untuk menjenguk Rumah Selangor semula, kalau-kalau bantuan diperlukan. Tetapi semuanya sudah selesai, jadi kami menunggu untuk pulang ke rumah sahaja.

Aidiladha Kedua,

Harini tak ada kerja lagi dah.. siapkan perut untuk diisi sahaja.. kalau diikutkan hati, teringin untuk melawat semua rumah negeri, melihat tempat. Tetapi itu memangla mustahil, ada sesetengah rumah negeri bukan dalam satu kawasan sahaja. Tempat pertama yang dituju, ARMA,(Dewan Abbasiyah a.k.a Dewan Malaysia di Mesir) di mana Sambutan Aidiladha bagi Persatuan Perubatan Mesir diadakan. Majlis separa formal berlangsung dan beberapa persembahan menarik juga dihidangkan. Kemuncaknya, pastilaa makanan raya..!

Selepas Zohor, bergerak pulak ke Hayyu Asyir di mana Sambutan Aidiladha ISMA diadakan di Rumah Sarawak. (kawasan sekitarnya, Rumah Kedah Lama, Rumah Selangor, Rumah Pahang, Rumah Terengganu) Di sini, berkesempatan untuk berjumpa lagi kakk2 yang diziarahi semalam. Seronok mereka menerima kunjungan orang baru seperti ku. Bergambar.. Bertukar-tukar nombor.. Di sini majlis separa formal juga berlangsung.. persembahan.. dan akhir sekali, pastilah makann..

Usai di situ, bergerak pula ke satu tempat lagi yang merupakan matlamat utama aidiladha kali ini. Ke Rumah Kedah di Hayyu Sabiq.. pertama kali ke sini, cantik Imarah (bangunannya), maklumlaa, baru sahaja dibuka. Katanya, rumah Kedah la antara rumah negeri paling cantik buat masa ini. Sebagai anak kedah, seronok sangat dapat jejakkan kaki ke sini. Dah lama menyimpan angan-angan untuk datang. Hajatnya, tak mahu makan lagi dah, sudah terlalu kenyang rasanya.. tetapi untuk tidak menghampakan kakk2 di situ, dijamah juga makanan yang telah dihidangkan.. Sedappp lagi! Tidak lama di situ, kami beransur pulang.. kerana malam itu juga akan bergerak pulang ke Mansurah semula..

Ucapan khas buat ahli-ahli beit Nada dan Beit Haulah.. terima kasih untuk semuanya.. terharu sangat-sangat dengan layanan kalian. Terima kasih juga untuk makanan-makanan yang sedap dan pengalaman manis yang kalian tinggalkan untuk dibawa pulang ke Mansurah. Paling utamanya, Mira, terima kasih sangat2.. iye,lepas ni ak dtg lagi, lagi lama.. Teddy, thanks you ye.. bawak jalan2.. Buat semua kenalan-kenalan baru juga, terima kasih.. kakk2 di Hayyu Asyir juga tak lupa, terima kasih untuk layanan kalian. Tiba di Mansurah lewat malam dengan menaiki keretapi.

Aidiladha Ketiga,

Memerah keringat yang masih ada untuk membantu di Beit AQ.. Awal2 pagi lagi bergerak ke sana, melihat penyembelihan.. dan memotong daging sehingga petang. Sungguhpun letih semalam belum terubat, tetapi harini juga merupakan pengalaman manis.. seronookk..

Aidiladha Keempat,

Majlis Aidiladha Persatuan Perubatan Cawangan Mansurah pula berlangsung di) Istad Gamaah (Dewan tertutup Stadium Universiti).. hehe sepakat kami satu rumah berwarna merah.. Usai majlis, pastilaa makan kan, sambil dihidangkan dengan beberapa persembahan yang menarik. Kemuncaknya kali ini, ini adalah wajib bagi kami setiap kali raya. Bergambarrr! Selepas bergambar bersama-sama semua akhawat, kami berlegar-legar sekitar istad, mencari ‘port’ menarik untuk bergambar..bersama-sama dengan 'penaung' juga.. kepenatan bergambar, kami memenuhi undangan rumah terbuka di rumah kak Izzah, makannn nasi kerabu pula..

Aidiladha Kelima,

Memenuhi dua undangan rumah terbuka lagi.. di rumah Kak Asma dan Mas Amira (syakirah, syarfah, kak fiza) Sedap tu memanglaa.. Terima kasih ye untuk semua undangan.

Itu sahaja untuk Aidiladha kali ini. Aidiladha keenam? Harini, tiada apa2 perancangan lagi.. mungkin patut menyelesaikan perancangan yang belum dilaksanakan.. berehat secukupnya sebelum kuliah bermula sabtu ini.



p/s: semalam mak dgn ayh call, seronok dengar suara mak dgn ayh.. rindu sangat2.. malam pulang ke Mansurah,sesuatu terjadi, terasa rindu pada ayh kuat sgt2.. xpelah,apa2 pn, mereka baik2 sahaja. seronok dengar suara gembira mereka.



NOTA : panjang sangat kan post kali ni. Banyak lagi nak diceritakan sebenarnya.. xpelah, cukupla sekadar rumusan. Yang paling penting, kenangan kali ini sangat-sangat berharga. Kalau Aidiladha lepas di sini tidak begitu menarik, tahun ini dah ‘cover’ balik dah.

No comments: