Wednesday, December 30, 2009

permulaan harimu..



...Mulakan harimu dgn zikirullah,


Mulakan solatmu dgn A'uzubillah,

Mulakan doamu dgn Alhamdulillah,

Mulakan kerjamu dgn Bismillah,

Mulakan amalmu dgn ikhlas Lillah,

Mulakan taubatmu dgn keinsafan,

Mulakan silaturrahimmu dgn Mahabbah Fillah,

Mulakan keazamanmu dgn restu Allah,

Mulakan rumahtanggamu dgn mencintai krn Allah,

Mulakan pekerjaanmu utk medapat keredhaan Allah...

Kerana pmulaan yg baik,

Akan menentukan pengakhiran yang mulia.


Dari Ibnu Abbas r.a,
katanya,
Nabi s.a.w. bersabda;

"Ada dua nikmat yang sering kebanyakkan manusia tertipu tentangnya (sering melupakannya), iaitu waktu sihat dan waktu senang."
- Riwayat Bukhari -


p/s: hari ini bermula dengan baik sekali, rutin pagi sepeti biasa dan pulang mengadap perkara paling prioriti sebagai seorang pelajar.. sehingga waktu ke kelas.. semuanya baik belaka.. praktikal Anatomy hari ini yang diganti lecturernya juga tidak kurang hebatnya dengan lecturer kegemaran sebelum ini (yang terpaksa mengambil cuti mengikut suaminya bekerja di luar negara)

pulang ke rumah, masih semuanya berjalan dengan lancar.. rezeki murah hari ini, syukur, rakan yang bersama susah dan senang menemani perjalanan pulang dan bermurah hati menghadiakan dua potong kek yang diidamkan..

makan malam seperti biasa.. beramah mesra bersama my ladies.. usai makan dan melenggang perut selepas makan, telefon berbunyi.. kedengaran nada seperti mak dgn ayah yang memanggil dari sana..

seronok! setiap kali mendengar suara mereka.. berbunga-bunga hati bagaikan sang kekasih menerima penggilan si pengarang jangtung.. namun, ada nasa kesayuan di situ pada kali ini.. mak dan ayh akan bertolak pulang ke Malaysia malam esok.. sungguhpun sepanjang keberadaan mereka di Mekah dan Madinah, masih pun jauh dari Mesir, tidak pun dapat berjumpa.. tapi hati ini terasa lebih dekat dengan mak ayh.. dan bila mereka akan pulang, kesedihan bertaut di hati.. maka makin jauhlaa lagi jarak antara kami.. sungguhpun begitu, fahamlah wahai hati ikatan hati akan masih dekat walau jauh manapun jaraknya jika dengan ibu bapa kita, tetapi hati tak dapat bohong.. masih,sedih..

tertahan titis2 itu semasa bercakap dengan mak, kerana sudah ku sedia maklum, mak akan risau jika ada sesuatu yang mengangguku.. namun, hati sekali lagi tidak dapat membohongi diri, sebaik sahaja kuucapkan kata-kata sayang dan memutuskan talian, titis2 itu tanpa diundang, mengundang sendiri untuk jatuh.. sukar utk berpatah balik jika titis itu mula jatuh.. maka dibiarkan sahaja sehingga tenang.. semoga hari-hari mendatang akan dapat dilalui seperti biasa.. kerana walauapapun yang terjadi, perjuangan perlu diteruskan, demi membahagiakan mereka juga.. yang amat ku cinta dan sayang sepenuh hati..

persediaan untuk presentation Anatomy perlu lebih mantap kali ini, kerana esok di hadapan dekan pula.. semoga semuanya berjalan lancar.. dan Allah permudahkan segalanya.. ohh, esok sangat padat, ditambah lagi dengan presentation, maka tiada gap langsung. Semoga kita semua tabah yee..

Buat mak dan ayah,
Kakcik tak pernah jemu,
Kakcik tak pernah malu,
Untuk katakan..

KAKCIK SAYANG SANGAT-SANGAT MAK dan AYAH.





No comments: