Saturday, December 5, 2009

saatku pejam mata

Saatku Pejam Mata - KRU a.k.a Tyco


Tika ku putus harapan
Kau ke depan
Tika ku jatuh tersungkur
Kau bangunkan
Ku bersyukur kerana dikau ada
Kau buat hidup aku sempurna
Tika ramai yang membenci
Ku kau sayangi
Tika ramai yang memuji
Kau mengerti
Masaku bukan hanya milik kita
Tetapi 'tuk dikongsi semua

Andainya kau tiada, aku kan parah
Kehilangan arah dan hancur rebah
Kaulah segala makna hidupku
Oh Tuhan ku tolonglah, beri ku restu
Ku dalam pelukannya di saat itu
Saat aku dipejamkan mata ku

Kau beri ku kekuatan
Bila tertekan
Beri yang ku perlu dan cinta mu
Aku yakin akulah jejaka
Yang paling bertuah di dunia

Semoga dia bersama
Saat daku pejamkan mata
Saat daku pejamkan mata ku
Oh Tuhan ku biarlah dia di situ
Oh Tuhan ku biarlah dia

Di situ menemani diri ku
Saat daku pejam mata ku

Diri ku ingin bersama ke akhirnya
Dan bila ku melamar katalah "Iya"
Hanya itu saja ingin ku dengar
Ku 'kan ikhtiar terbaiknya untuk mu

Lagu : Norman/Yusry/Edry [KRU].
Lirik : Norman/Yusry/Edry [KRU].


Lagu ni dengan sepenuh hati nk tujukan untuk mak dgn ayh tercinta dan tersayang.. Yang selalu di sisi walau apapun jua yang berlaku.. Kaulah segala-gala makna kehidupan ku.. Kakcik sayang mak dengan ayh! Sampai bila-bila pun..


p/s: terjumpa folder fav suatu masa dulu masa tgh update folder music.. terjumpa pulak lagu ni.. dah lama xdgr.. cuba anda hayati liriknya.. lagu2 KRU dari dulu jadik fav, sbb lirik2 yang dihasilkan unik.. dan mendalam.. nilaa salah satunya..sedih sebenarnya lagu ni.. (err again.. it has nothing to do with my life ok) sekadar menghayati lirik dan lagunya seperti lagu2 yang lain juga. seharian kot berputar2 lagu ni sambil menghabiskan lukisan histology. Alhamdulillah.. akhirnya matlamat tercapai,selesai jugak lukisan2 tu..


Smlm, pertama kali dapat merasa daging unta dengan puasnya di openhouse rumah jiran di tingkat bawah.. terima kasih tak terhingga kerana makanan2 yang saangattt sedap belaka.


NOTA 1 : Bermakna sangat-sangat lagu ni.. untuk orang yang sangat menghargai insan yang paling utama dan paling disayangi dalam hidupnya. Dia sedar tanpa insan tu sukar untuk dia meneruskan hidup kerana insan itulah yang selama ini banyak memberi semangat dan sokongan padu untuk dirinya. Dia menyayangi dan mencintai insan tu seperti insan itu menyayangi dan mencintai nya. Lalu, di saat di fikirkan saat kematiannya kelak, dia berharap sangat insan terakhir yang dilihat, insan terakhir yang disisinya adalah orang yang paling disayangi dalam hidupnya.. Dia mohon sgt2 pada Tuhan agar pada saat itu insan itu ada untuknya.. Tapi, tak bermakna lagu ni untuk insan yang bercinta sahaja.. Mungkin juga boleh dikaitkan dengan persahabatan atau mungkin dengan ahli keluarga juga.. yang penting, untuk insan yang dirasakan paling utama dalam hidup.


NOTA 2 : Terfikir sejenak tentang ini.. Jom cuba pilih anda berada di tempat yang mana.. Jika anda berada dalam situasi ini, dia mana anda rasa anda akan pergi meninggalkan dunia untuk selama-lamanya.. pilih satu :


(i) Anda berharap insan istimewa itu berada di sisi anda kerana dia adalah orang terakhir yang anda ingin lihat sebab anda terlalu sayangkan dia dan sukar untuk melepaskan dia. Anda ingin tatap wajahnya sepuas-puasnya.. Anda ingin berbicara dengannya sepuas-puasnya untuk kali yang terakhir.. Anda ingin tunjukkan betapa anda sayangkan dia sebanyak yang mungkin sebelum anda pergi.


(ii) Anda memilih untuk tidak membiarkan insane istimewa itu berada hampir dengan anda pada saat genting itu.. kerana anda tidak mahu dia melihat kesengsaraan anda.. dan anda juga tidak mahu melihat kesedihan insan teristimewa itu di saat melihat anda menderita sakit dan melihat anda pergi meninggalkan anda di hadapan mata dia. Anda juga tidak sanggup melihat air matanya yang menitis tatkala anda terpaksa meninggalkannya.


Dah pilih?

Jom tengok pula tafsiran mengikut psychology :

(i) Jika anda pilih ini, bermakna anda seorang yang agak mementingkan diri sendiri dalam kehidupan anda.. kerana.. anda hanya memikirkan tentang diri anda, dan mengabaikan perasaan orang lain demi kesenangan dan demi memuaskan hati anda.


(ii) Jika anda pilih ini, bermakna anda seorang yang sanggup berkorban apa sahaja demi orang sekeliling anda, terutamanya insan2 yang paling anda sayangi. Kerana di kala anda menghadapi kesusahan, kepedihan dan kepahitan hidup, anda masih mahu menyenangkan hati orang lain dan mengabaikan perasaan sendiri. Anda juga sanggup mengetepikan kepentingan diri dan mengutamakan orang lain.


Wallahualam.

Ini sekadar kajian psychology.. Jangan ambil serius ye. Apa yang diharapkan, apapun pilihan anda tadi, fikirkan semula, muhasabah diri anda, adakah anda sebenarnya bersifat sedemikian.. Jika anda rasa sifat itu negative, cubalah untuk berubah.. Jika anda rasa sifat itu sudah positif, tahniah, teruskan dengan sifat itu. Atau mungkin, anda boleh juga memilih untuk berada di tengah-tengah.. Fikirkan dan renungkan.. Masih ada ruang untuk kita berubah demi yang tersayang, sementara masa masih ada. Tepuk dada, Tanya selera.

No comments: