Friday, December 4, 2009

histology day

Cuti raya kali ini hampir berakhir
Satu hari ini sahaja yang tinggal
Berat pula hati nak memulakan semula
Terasa letihh dan padat sungguh cuti kali ini
Tapi
Mana boleh fikir macamtu
Kena semangat nihh..

Perancangan yang dibuat untuk cuti kali ini hampir selesai kesemuanya
Kecuali
Dua lagi yang memang tidak mampu dibuat
Kerana memerlukan komitmen orang lain
InsyaAllah..
Sempat kot nanti buat
Presentation mungkin di pertengahan disember ini
Jadi,
Buka kuliah ni,
Harus bertindak dengan lebih cepat

Seharian semalam melukis dan mewarna buku praktikal Histology.. Alhamdulillah, sedikit sahaja lagi untuk dihabiskan.. sambil-sambil melukis, terfikir sejenak, perlu ke doktor belajar histology ni? lukis-lukis ni? alahai.. memanglaa xberapa nak perlu.. tapi, sedarlah, sebagai doktor, peringkat ilmu nya haruslah lebih tinggi daripada orang lain.. barulah setanding dengan gelaran yang dipegang dan gaji yang akan diterima.. jadi,semua yang dipelajari pasti bersebab.. lagipun, ini untuk persediaan bagi mereka-mereka yang akan melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat master atau pakar.. oleh itu, belajar laa baik-baik ye.. lihat Histology ini dari sudut yang positif agar proses pembelajaran berlangsung dengan lancarnya.. jujur diakui, Histology tahun 2 ini lebih mudah daripada Histology tahun 1. walaubagaimanapun, JAGA-JAGA ye, jangan sampai kamu terleka..

Mesyuarat Tahunan Cawangan Mansurah (MTC) untuk Persatuan Perubatan Cawangan Mansurah (PCM) sengaja tidak dihadiri semalam.. bukan kerana kemalasan, bukan kerana tidak mahu mengorbankan masa.. maaflah ye, saya belum bersedia untuk menghadirinya dan melibatkan diri. walaupun hanya mendengar.. kenangan dan pengalaman yang lalu masih meninggalkan kesan dan sedaya upaya tidak mahu mengulangi kesilapan itu lagi di sini. mesyuarat berakhir sangat lewat semalam.. rata-rata rakan2 di YM mengadu penat setelah pulang.. menurut ahli beit yang pergi, acaranya agak menarik. baguslah, syukur semuanya berjalan dengan lancar. kontroversi yang timbul beberapa hari sebelum hari mengundi dan mesyuarat 'memeriahkan' suasana pilihanraya tahun ini. bersabarlah pada mereka yang terlibat, anggaplah ini sebgaai dugaan.. kini, semuanya telah selesai dan perbincangan secara damai telah pun dilakukan.. tahniah diucapkan kepada kedua-dua pihak.. anda berjaya menunjukkan imej yang lebih matang dan masing-masing tidak memburukkan lagi keadaan. mungkin inilah salah satu persediaan imej yang diperlukan dalam diri seorang doktor kelak..

Hati ini tertarik-tarik sebenarnya untuk mengulas tentang isu yang dibangkitkan itu.. namun, kerana prinsip yang dipegang, disimpan sahaja hasrat itu. Malah, maklumat yang lengkap juga tidak dikaji. Hanya mendengar dari mulut ke mulut sahaja. Lagipun, tidak betah rasanya untuk memberikan komen kerana bimbang akan mengguris hati mana-mana pihak. Jujur diakui, suatu masa itu saya juga pernah berada di salah satu pihak itu. Sekarang? pihak mana? mungkin sedikit demi sedikit hati ini lebih lembut.. Mungkin setelah kukenali kedua-dua pihak dan dapat membandingkan mereka. Kepada mereka yang sepatutnya, percayalah, apabila anda kenali mereka, baru anda akan tahu. Jangan silap menilai.. Saya kini hanya di tengah-tengah.. slow and steady sahaja.. menerima mana-mana yang baik daripada kedua-dua pihak.. tidak berat kepada mana-mana pihak pun. Kedua-duanya pun ada 'pro and cons'. Jika anda belum bersedia dan belum terbuka hati, tak mengapa, saya faham, kerana saya juga pernah berada di tempat anda. Ambillah masa untuk berfikir..

Kuliah akan bermula esok,
chayok2!
Persiapkan diri bermula hari ini
Untuk perjuangan yang masih belum selesai
InsyaAllah..
Dengan izin Allah
Tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun lepas
Ambil pengajaran daripada apa yang telah belalu
Jadikan perisai dan pedang
Untuk berjuang pada tahun ini.


p/s: paan sdg bercuti skrg, terlalu bz dia di UUM, cuti2 nilaa baru dapat berbual panjang.. ieda pun tgh cuti jugak.. looking forward to hv a longgg talk wit her jugak. luke, huhu that good good news and gossip! sgt takkk aci,knp mesti kamu yg dpt dulu.. missing past times with you guys.. best friend forever!


NOTA 1: sedang berkira-kira bagaimana untuk mengaturkan jadual harian baru untuk sesi kuliah yang baru ini.. ada yang ingin membantu?

NOTA 2: perancangan yang tidak berjaya dilaksanakan cuti kali ini adalah : slide presentation untuk Anatomy dan Histology.. semua org pun sakan bercuti dan raya. xpelah,kita usahakan minggu akan datang ni ok.


No comments: