Tuesday, September 15, 2009

adab-adab mandi

1. Hendaklah menutup aurat bagu orang yang mandi lebih-lebih lagi apabila mandi di tempat umum atau terbuka.

2. Hendaklah diniatkan mandi itu dengan sesuatu saperti untuk membersihkan diri dan sebagainya.

3. Hendaklah menggosokkan sendiri bahagian peha ke pusat ketika mandi. Tidak boleh orang lain yang melakukannya.

4. Wajib melarang orang lain mendedahkan aurat sekiranya mandi ditempat umum tetapi dengan cara berhikmah supaya tidak ada orang yang akan merasa tersinggung .

5. Hendaklah menundukkan pandangan apabila terlihat aurat orang lain.

6. Hendaklah mendahulukan kaki kiri apabila masuk ke bilik air. Dahulukan kaki kanan semasa keluar dari bilik air.

7. Di larang mengunakan air dengan berlebih-lebihan sehingga mendatangkan pembaziran.

8. Mulakan mandi dengan menjirus air di bahagian kaki dahulu, kemudian baru beralih ke bahagian atas badan.

9. Sebaik sahaja keluar dari tempat mandi, ucapkanlah syukur kepada Allah SWT.

10. Makruh bagi perempuan mandi ditempat umum jika telah tersedia tempat mandi khas bagi mereka, melainkan sesuatu darurat dengan syarat supaya menjaga dan menutup aurat dengan sempurna.


p/s: sengaja nk berkongsi dgn semua.. selama ni xpnh pn ambil berat ttg ni.. xsangka la pulak seberat ni adab2 mandi dalam Islam.terutamanya yang ke.10 tu.. tapi,yg no.8 mmg slalu diamalkan sbb pesanan ayh.


NOTA: Selamat Beramal!!!

No comments: