Bahan-bahan:
325gm cornflakes
6 sudu besar margerin
6 sudu besar gula
4 sudu besar madu
250gm biji bijan
Cara-caranya:
1. Cairkan mentega dengan gula di atas api yang perlahan
2. Apabila bahan-bahan tadi separa cair, masukkan madu, tunggu sehingga semua bahan cair
3. Tuangkan campuran di dalam bekas yang besar
4. Gaulkan cornflakes dengan campuran tadi sambil masukkan biji bijan
5. Masukkan ke dalam cupcakes
6. Panaskan oven selama 10 min pada suhu 150 darjah celcius
7. Bakar selama 5min
8. Sejukkan
p/s: Rupa-rupanya honey flakes ni sng sgt2 buatnya.. korg yg kat
Resipi ni jugak sgt jimatkan kos, bila dikira2 lagi berbaloi buat sendiri (kalau ada masalaa) drpd beli. Untung sgt2 org yg jual honeyflakes ni sebenarnya.. modal xsmpi RM10 pn. Tapi satu adunan yg modal lebih kurg RM10 ni boleh dpt 200 biji yang dijual 50biji=RM22. WOWWW!
NOTA:
Kalau anda tidak gemarkn bijan, bolehlah hiaskan dengan ‘hiasan manik’ atau gaulkan dengan buah ceri utk tambah seri. Saya xgemar ceri, dan ‘budak2 kecik’ tu pn xmakan. Sekiranya adunan kelihatan kering dan cornflakes mcm xmelekat semasa nk pindahkan ke cupcakes, cairkan lagi merjerin dan gaulkan lagi sehingga anda puas hati. Resipi ni xperlu ikut sgt timbangan bahan2, boleh diubah mengikut citarasa anda. Resipi di atas xbegitu manis, sederhana sajaha. Kalau anda gemarkan lebih manis, bolehlaa tambahkan lagi gula atau madu.
Kak anis ada pesan, kalau nk lagi sedap, slalunya org gunakan cornflakes jenama kellogg’s ;ebih sedap drpd cornflakes jenama nestle. Lgpn, hehe kellogg’s lagi murah sebenarnya.
No comments:
Post a Comment