Saturday, September 5, 2009

babysitter >>> babysitting


Bila org tanya apa sy buat sepanjang summer break kat mesia nih, senang je jawabnya.. MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA KELUARGA (pinjam ayat mak yg baru je bersara bila org tanya lepas bersara nk buat apa).


Keluarga?


Mestilaa.. lepas dh mengharungi hiruk pikuk kehidupan di negara org secara bersendirian.. lepas menanggung rindu yg teramat sepanjang mengorbankn diri di sana demi mencapai cita2.. bila Allah bukakn peluang utk bersama2 dgn mereka semula, takkan nk sia-siakn peluang ni kn. Dan Alhamdulillah, setelah lebih kurg sebulan lebih pulang ke mesia ni, kesempatan tu dh digunakan dgn sebaik-baiknya. Syukur pada-Mu Ya Allah.. segala rindu, dh dapat di Qada’kn dh.


Mak..

Ayah..

Abang..

Bangcik..

Kakak..

Adik..

Kak Lina..

Kak Anis..

Abg Zam..

Dan..

Yang paling penting..

Ank2 buah kesayangan,

Auni..

Afiqah..

Widad..


…………………………………………………………………………..


ANAK-ANAK BUAH KESAYANGAN,


Permata2 comel nilaa yg banyak buat makcik ni homesick sgt2 masa kat sana. Xdapat digambarkn betapa sedihnya nk tinggalkn diorg. Hehe teman2 serumah mmg arif sgt2 laa betapa sygnya makcik ni kat permata2 ni.. Selalu sgt terkenang2 bagaimana agaknya telatah permata2 ni waktu makcik jauhhh di sana. Semasa hari ulangtahun pertama diorg ni, laaagilaaa sedih. Especially 6hb November 2008 yang lepas. Xdapat digambarkn betapa pilunya hati bila xdapat tgk Auni Najibah yang paaaling rapat dgn makcik. Bygkn, makcik jg Auni ni agak lamalaa.. dr kecik, sbb kebetulan masatu makcik cuti. Kebetulan lagi pulak mama Auni (my sis) duduk dekat je dgn umah dan sboleh dikatakn tiap2 hujung minggu balik. Melihatkn telatah Auni dr kecik, sedih sgt2 bila xdpt tgk dia membesar.. Selalu sgt rindu dkt Auni, Auni jugakla yg slalu buat makcik susah nk tido mlm sbb sblm tido mesti teringt. Masatu, hanya gambar2 dan video2 je yg jadi pengganti dan pengubat rindu.


Sama jugak dgn Afiqah dan Widad. Walaupun xserapat dengan Auni (sbb diorg duduk kl), makcik smpt jugak jaga permata yg lagi dua ni. Bak kata org tua, kasih adik beradik tu tetap tumpah. Sebanyak mana sygnya abg2 dgn kakk masa sy kecik dulu, sebanyak itu jugakla syg dan kasih yg sy tumpahkn semula dkt ank2 diorg a.k.a ank2 buah sy.


Dan..


Syukur kehadrat Ilahi..

Segala rindu2 tu dhpn terubat. Bahkn, melebih2 pulak nikmat yg dpt dinikmati. Angan2 tu, mmglaa kalau boleh, nk belasah, nk cium, nk peluk, nk jaga, nk tgk diorg puas2 selama cuti ni. Tapi, dalam angan2 tu xdela smpai ‘non-stop’. Hurm.. inilah yg dikatakan Qada’ dan Qadar. Allah dh merancang dgn baik sekali. Sekarang ni, mmg laa makcik dh terlebih puas main dgn permata2 ni. Semuanya berlaku tanpa diduga, dan keadaan benar2 memberikan peluang kpd diriku utk bersama2 dgn permata2 ni lebih lama.


Bermula dgn kisah Auni,

Berikutan wabak H1N1 yg semakin membimbangkn masa sy balik ke mesia waktu tu. Dan kebetulan, wabak tu mmg tgh ‘mengamuk’ di kawasan sekitar Auni. Memamndangkan Auni dihantar ke nursery, keadaan mmglaa sgt2 membimbangkn. Jadi, bagai pucuk dicita, ulam mendatang.. makcik yg mmg tgh gian nk main dgn auni, SEDIA BERKHIDMAT. Haha, jadi, kakk dgn abg zam pn buat keputusan utk berulang-alik utk kerja dan tinggalkn Auni kat makcik. SERONOK SGT2 MASA NIE. Lagi2 pulak, Auni xkekok langsung dgn makcik masa pertama kali ktrg jumpa. Sedangkn, Auni ni mmg sgt2 malu dgn org yg jarang dia jumpa, slalu nangis xnk bila org jrg dia jumpa nk dukung dia.


Kemudian, lebih kurang sebulan jaga Auni,

Bila wabak H1N1 ni dh agak ‘kurg’ di kawasan tu.. kakk dgn abg zam pn undur laa diri. Lagipun, xkn nk tinggalkan rumah lama2 sgt kn kt png tu. Masatu, fuh.. sedihlaa sgt2. Tapi nk buat macamana kn.. Kenalaa redha.


Dengan takdir Allah,

Tiba pulak satu lagi kebetulan. Bangcik dgn kak anis balik bercuti.. Tanpa disangka, satu kes kecemasan berlaku, di mana bangcik terpaksa dimasukkan ke hospital metro di Sg Petani sbb appendicitis. Appendectomy terpaksa dijalankn secepat mungkin . Jadi, bangcik yg diberi mc dijaga oleh mak dn ayh memandangkn kak anis xdpt amik cuti yg terlalu lama. Dalam masa tu smpailaa kak anis terpaksa balik ke kl utk bekerja semula, hehe makcik laa yg jaga Afiqah. Beberapa hari lagi, mc bangcik dh nk habis, dn diorg akn balik semula ke kl. Berakhirlah kot kerjaya makcik ni nanti..


Err tapi xtaulaa kot2 nnti ada peluang pulak nk smbung kontrak dgn widad pulak.. ,kita tunggu jelaa ye.. tapi mmg ada jugak simpan angan2 nk jaga widad pulak.


Point utama yg nk dikatakan sebenarnya adalah..

Seronok sgt2 dapat jaga permata2 ni..

Walaupun penat sgt2 menjaga dan mengasuh kanak2 lingkungan 1-2thn ni.. tapi, penat tu mmg terbalas dgn keseronokn melilhat karenah masing2. Auni dgn karenah dia.. Afiqah dgn karenah lain pulak..


Dari menunggu ank2 ni bgn tidur sampailaa menidurkn semula dan tunggu diorg bangun lagi keesokan harinya.. semuanya merupakan pengalaman yg indah. Dalam celah2 tu pulak, dpt tgk dan baca macam2 kerenah diorg. Masa bermain.. Masa member makan.. Buat susu.. Menyanyi.. Menari.. Menarik perhatian diorg ttg sesuatu yg baru.. Mengajar perkataan2 baru..


Semua pengalaman ni indah sgt2.. Lagi2 pulak bila diorg tahu yg kita syg diorg. Budak2 kecik ni lurus.. Setiap perbuatan diorg semuanya ikhlas.. Syg yg diorg tunjukkn tu bukan main2.. bukannya dibuat2.. terharu sgt2.


Kisah masa nk tidurkn diorg.. kalau Auni, perlu ditepuk2 dibelai2.. dinyanyikn selawat.. dan yg paling penting,jgn bagi dia terkejut. Kalau afiqah pulak, nk tidur kena main2 rambut dia.. kalau tak pn, dia yg akn main rambut kita smpai tertidur. Afiqah ni laa yg paling susah nk tidurkn sbb nk main je kerjanya.


Kisah masa bgn tidur pagi2 lagilaaa best. Kalau Auni, nnti dia akn cuit kita, lpstu dia senyum.. manis sgt2.. tambah lagi pulak, dia akn sebut ‘I ya beu’ maksudnya ‘I love you’. Kalau Afiqah pulak.. nnti dia akn buat bunyi, bila kita tgk dia.. senyuman manis jugak dia akn bagi.. lpstu, dia akan meniarap, tongkat dua2 belah tgn kat dagu.. dan senyum lagi.. bila kita dh senyum balik,nnti dia akn dtg peluk. Best sgt2 semuanya.


Kisah main dgn diorg, mmg laa terlalu banyak dan terlalu manis utk diceritakan semuanya.. dan xtergambar dgn kata2.. waktu nilaaa yg sgt2 penat rasanya. Sbb budak2 besar ni mmglaa terlalu aktif dn ingin mencuba mcm2. Pantang lepa, sbb takut kalau2 yg dibuatnya tu membahayakan diri dia. Mmg kena alert sgt2. Tambah2 pulak budak2 besar ni, degil sgt2. Kalau xbagi,nnti adelaa yg nangis.. xpn, nnti merajuk. (Huhu Auni sgt2 kuat merajuk tau).


Kadang2 tu mmglaa ada rasa mcm kesabaran dh xtertanggung.. tapi sbb sayang.. dan memandangkn diorg ni xde pape salah pn, xtau pape pn lagi.. kita sbg org besar kenalaa mengalah.. dan yg paling penting, kena mencari jalan utk selesaikn dgn cara yg betul. Maksudnya, kena pandailaa ambil hati diorg semula ataup alihkn perhatian ke arah lain.


Sebenarnya,jaga budak2 ni xsesusah yg disangka.. bila kita dh dpt baca sikit keletah dia dan kita sanggup buka hati utk memahami dia, semuanya akn jadik senang. Tambah pulak lagi kalau kita mmg syg kn dia. Bak kata org, bila dh syg, semuanya boleh jadi. Kn kn kn?


Jadi, kesimpulannya di sini, sy sgt2 enjoy peluang yg diberi ni. Semua ni dilakukan dgn penuh kerelaaan, dan xpernah pn anggap ini sebagai satu ‘job’ atau ‘duty’ masa summer break ni.


Buat kakk, abg zam, bangcik dan kak anis,

Terima kasih sgt2 sbb sudi bagi peluang utk kakcik kongsi kebahagiaan dgn Auni dan Afiqah. Terima kasih jugak atas kepercayaan yg diberikan.. Terima kasih lagi sbb Auni dgn Afiqah sygggg makcik dia. Hehe..



Buat kakk,

Kakcik syg kakk! Thanks sbb spend time kat sini, dan kita pn dpt bercerita mcm2 mcm dulu balik masa kakk duk cni. U are the best sis ever!


p/s: wow! Sgt panjang post ini! Nnti dlm post lain akn di uploadkn gmba2 diorg pulak keyh!


No comments: