Menurut Dr. James Stewart, Pakar Neuropsikiatri, tidur bukan sekadar merehatkan tubuh tetapi juga otak. Serebral korteks, iaitu bahagian utama otaku tama atau fungsi mental tertinggi yang digunakan untuk mengingat, membayangkan, menilai dan memberikan alas an, merupakan organ penting yang harus mendapat priority tinggi untuk direhatkan.
Pengkaji pernah meneliti hubungan otot dan otak atau fikiran ketika manusia tidur. Mereka menamui bahawa pada saat tidur, fikiran dan otot-otot saling merangsang antara satu sama lain. Ketegangan otot menyebabkan korteks (lapisan luar otak yang berwarna kelabu) terus aktif, sedangkan ketegangan otak menyebabkan otot terus aktif.
Rasa penat akan mengurangkan gerak otot, begitu juga ketika berehat. Aktiviti korteks yang menurun akanmenyebabkan otot-otot semakin relaks. Ketika tidur, jantung berdetak lebih lambat, tekanan darah menurun, pembuluh darah melebar dan suhu badan juga sekitar 0.5 darjah Farenhait, tetapi perut dan usus tetap bekerja.
Ketika tidur, tubuh sesekali akan bergerak. Gerakan sebanyak 20-40 kali masih dianggap normal. Lebih dari itu menunjukkan seseorang itu sedang mengalami gangguan. Gangguan muncul akibat kurang tarikan antara minda dan otot. Fikiran akan sukar tertidur bila otot masih tegang. Jadi, untuk mendapatkan tubuh dan minda yang sihat secara menyeluruh, dapatkan tidur yang berkualiti.
p/s: 1st year Physiology (Mansoura University). Ingat lagi?
No comments:
Post a Comment