MEMO 1
Makanan adalah penyumbang terbesar kecantikan. Jika saya mengamalkan buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengikuti amalan pemakanan sihat, kecantikan saya pasti terpelihara.
MEMO 2
Bukan mudah untuk mengekalkan kecantikan tetapi kejayaan bakal dikecapi kija saya rajin mengikuti nasihat dan petua mengenai penjagaan diri.
MEMO 3
Rawatan kecantikan untuk wajah, rambut dan kulit perlu dilakukan secara berterusan dan konsisten. Saya tidak semestinya perlu berbelanja banyak tetapi menjadikan petua orang lama untuk dilakukan sediri di rumah.
MEMO 4
Bartudung stau tidak, kesihatan rambut memerlukan penjagaan yang serupa. Saya tidak boleh mengabaikan cucian, sesekali melakukan prose swap dan paling penting, memastikan produk rambut yang saya guna benar-benar sesuai dan berkualiti.
MEMO 5
Saya pernah dengar pesan orang dulu-dulu: “KALAU HENDAK CANTIK, MESTI SANGGUP KORBANKAN MASA”. Saya sedar masa adalah segala-galanya. Saya tidak akan lagi menggunakan ayat “tiada masa”, jika saya benar-benar pentingkan tibuh badan saya.
MEMO 6
Saya masih belum mahir tentang peranan kandungan bahan di dalam ayat kosmetik dan perawatan wajah. Saya akan meluangkan masa menelaah majalah-majalah kecantikan mengenai pelbagai info mengenai kandungan saintifik berkaitan.
MEMO 7
Menyebut tentang cantik, saya lebih banyak member perhatian kepada bahagian muka tetapi saya terlupa bahawa kecantikan perlu dating secara menyeluruh dan saya perlu teliti semua bahagian anggota badan saya jika benar-benar mahu cantik.
p/s: suka point memo no.3 dan no.4.. kenalaa bijak dalam menguruskan hal ni.. jgn pulak kalau xde sebarang masalah,masih nk mencuba itu ini. sekadar maintain kan je pn dh cukup kan.. tak perlulah nk berlebih-lebihan.. bukankah natural beauty itu lebih indah?
NOTA : ini bukan memo sy yee.. cuma ingin berkongsi informasi yang didapatkan dari sebuah majalah. SELAMAT MENGAMALKANNYA!
No comments:
Post a Comment